KAB Gold – Corporate Info

KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu visi dan misi yang sangat besar buat seluruh rakyat Malaysia.

Para pelanggan kami bukan sahaja boleh membeli emas dan perak fizikal secara patuh Syariah di KAB Gold, tetapi mereka juga boleh menjadikan kami sebagai sebuah tempat untuk mereka bermuamalah dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan.

Dengan emas dan perak, pelbagai matlamat kewangan boleh dicapai. Dengan emas dan perak, para pelanggan boleh membina perniagaan mereka sendiri dan menjana pendapatan untuk menyara hidup dan keluarga.

Dengan emas dan perak, ia boleh dimanfaatkan untuk membayar pelbagai tanggungan kehidupan. Dengan emas dan perak, ia boleh dijadikan sumber zakat yang dapat dikembalikan demi kepentingan sekelian masyarakat.

Kami berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan emas dan perak sesuai dengan tarafnya yang amat tinggi dan bernilai suatu ketika dahulu.

Melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti, para pelanggan kami bukan saja dapat membeli dan menjual emas dan perak fizikal, tetapi juga mereka dapat memanfaatkan platform ini untuk menambah baik ilmu dan pengetahuan, menjana hasil dan pendapatan, mewujudkan peluang perniagaan, membina jaringan ekonomi dan kewangan, membayar zakat simpanan emas dan perak, menaiktaraf tahap kehidupan dan sebagainya.

Sesuai dengan moto kami iaitu ‘Knowledge, Asset, Bullion’, platform ini akan digerakkan untuk merealisasikan moto tersebut.

Ilmu adalah segala-galanya bagi kami dan seluruh pelanggan kami. Kami akan menyediakan saluran-saluran yang hebat dan bermanfaat agar semua pelanggan dapat memiliki emas dan perak dengan ilmu yang baik dan menyeluruh.

Kami juga akan menjalankan program pendidikan secara rasmi dan tidak rasmi untuk memberi nilai tambah kepada setiap pelanggan kami.

Dengan memiliki emas dan perak, para pelanggan akan memiliki aset yang terbaik dalam bentuk yang terbaik. Ia mudah untuk dimiliki dan diurus, senang untuk dicairkan dan meningkat nilainya secara jangka panjang.

Kami amat berharap agar segenap lapisan masyarakat menyokong usaha murni kami ini. Sokongan dan dokongan anda semua akan memungkinkan kami untuk mara lebih jauh di masa hadapan demi untuk kesejahteraan hidup kita bersama.

Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Manager – KAB00004188

10 thoughts on “KAB Gold – Corporate Info

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s