Assalam Teman2 Teratak Emas sekalian. Sedikit perkongsian agar bersama mendapat manfaat darinya. In Shaa Allah
✔ Harga Emas
Harga Emas per gram merupakan salah satu faktor penting perlu diambil kira. Akan tetapi ianya bukanlah “The only Factor” untuk anda pertimbangkan.
Bagi produk Public Gold, semakin berat Emasnya maka semakin murah harga per gram. Cuba anda membuat sedikit pengiraan (Formula: Harga PG Sell bahagi berat Emas).
Sebagai pengetahuan, harga Emas Public Gold berubah setiap 20 minit mengikut harga semasa emas dunia ( kecuali Sabtu dan Ahad ) yang pastinya harga ditawarkan adalah telus dan transparent.
✔ Spread Margin
Maksudnya adalah perbezaan harga belian dan jualan semula.
Di Public Gold, semakin berat Emas yang dimiliki dalam sesuatu packaging maka semakin kecil spread margin dan apabila spread margin semakin kecil, makin cepat keuntungan dapat diperolehi.
Spread Public Gold dari 5% hingga 9% mengikut berat Emas.
✔ Ketulenan Emas
Pastikan mempunyai ketulenan yang tinggi & disahkan ketulenan oleh Assayer bertauliah.
Bagi Public Gold, setiap keping Jongkong & Dinar Emas berketulenan Au 999.9 24 Karat dan mempunyai pengiktirafan dari London Bullion Market Association (LBMA).
✔ Diterima Ar-Rahnu
In case of emergency, anda mempunyai pilihan untuk menggadai Emas untuk mendapatkan pinjaman segera.
Bagi Public Gold, emasnya diterima oleh Ar-Rahnu Bank Rakyat, Agrobank, Bank Muamalat, Ar Rahnu Pos dan dsbnya.
✔ Senang Beli dan Jual Semula
Public Gold mempunyai sistem Lock Price bagi memudahkan pelanggan membeli Emas. Sistem ini menjadikan Emas Public Gold dapat dibeli 24 jam setiap hari mengikut harga Emas semasa dunia.
Stok Emas Public Gold sentiasa ada & urusan jualan semula Emas adalah mudah. Anda boleh menjual semula melalui Authorized Dealer Public Gold atau ke mana-mana branch PG di seluruh Malaysia.
Tambahan: Public Gold turut mengadakan seminar Emas percuma pada setiap bulan bagi memberikan kefahaman & kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya menyimpan Emas disamping mendidik orang ramai utk elak dari terjebak dengan skim penipuan Emas yang berleluasa ketika ini.