KAB Gold – Sijil Pematuhan Syariah

Alhamdulillah,
Sejak dilancarkan pada 19th January 2021 yang lalu, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. berjaya mendapatkan pengiktirafan penuh pematuhan syariah melalui Penasihat Syariah rasmi iaitu Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah.

Pematuhan syariah ini melibatkan;

▪️Produk Uncang Emas
▪️Produk Belian Terus
▪️Sistem Pemberian Bonus Untuk Setiap Wakil Jualan

KAB Gold hanya menjual ‘Ready Stock Items‘ sahaja. Adalah menjadi misi syarikat untuk memastikan setiap urusniaga mematuhi standard pematuhan syariah yang tinggi.

Apabila kita katakan KAB Gold mematuhi Syariah, maka kita akan pastikan dari segala sudutnya juga mematuhi Syariah. Perkara ini adalah komitmen dari pihak KAB Gold itu sendiri. Berkenaan produk Uncang Emas, keperluan Syariah yang dipenuhi adalah;

  • Emas mesti dimilikinya dahulu oleh KAB Gold sebelum menjualnya kepada pelanggan.
  • Pelanggan perlu tahu berapakah jumlah emas yang masih tersisa sebelum mereka membeli.
  • Uncang Emas TIDAK boleh dibeli apabila peruntukan Uncang Emas itu telah habis dijual sepenuhnya.
  • Pelanggan boleh membeli kembali Uncang Emas setelah KAB Gold telahpun menambah stok Uncang Emas tersebut.

Ini antara perkara asas yang KAB Gold mahukan agar semua pelanggan mengerti dan fahami. Kami mahu lahirkan bukan saja pelanggan yang sensitif dengan sah dan batal dalam transaksi jual beli emas, tetapi juga faham dan tahu sekurang-kurangnya asas apabila sesuatu produk itu ditawarkan oleh KAB Gold.

Kepatuhan syariah adalah misi utama kami dalam melaksanakan setiap transaksi agar mualamat berlandaskan Islam itu menjadi teras yang sangat utuh.

Sekalung kasih buat para pelanggan sedia ada yang menyokong kami sejak awal tanpa ragu dan semoga usaha kita bersama untuk mempertahankan muamalat berlandaskan panduan Islam sepenuhnya dipermudahkan Allah, Allahumma Ameen.

Atas izin-Nya, saya doakan agar anda dapat berurusniaga dengan KAB Gold dalam jiwa yang tenang tanpa was was. Insya-Allah kita bersama menjayakan agenda kepatuhan syariah ini sehingga ke akhirnya.

Ingat EMAS, segalanya di KAB Gold. Jangan terus menunggu… 😊

Muhammad Yuhailmy (Abu Adam)
DUTA | KAB Gold Group Manager (GGM) – KAB00004188
Knowledge | Asset | Bullion

KABGoldSelangor.com

One thought on “KAB Gold – Sijil Pematuhan Syariah

Leave a comment