Ramai teman taulan yang bertanyakan kepada saya apakah kelebihan emas KABGold ini? Bagaimana pula dengan jenama emas dari syarikat yang lain?
Allahu, untuk membandingkan emas dari syarikat lain secara jujurnya saya tidak layak untuk memberikan keterangan tersebut kerana ianya boleh menjadi isu yang agak sensitif juga.
Pada saya, sudah tentu KABGold menjadi pilihan utama bukan kerana saya seorang Dealer KABGold yang sah tetapi disebabkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri selama ini berkaitan dengan urusan pembelian, jualan, keuntungan dan ketelusan syarikat. Buat masa ini, KABGold merupakan antara platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia.
Mungkin perasaan keraguan ada dalam diri anda. Tidak mengapa, dan saya akui kerana sebagai pembeli kita mempunyai hak untuk membuat sebarang penilaian sebelum pembayaran dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan, buat perbandingan antara kelebihan emas KABGold dengan yang sedia ada di pasaran.
Di bawah ini saya senaraikan kelebihannya supaya anda faham dan hayatinya sebaik yang mungkin.
1. Merupakan Kepunyaan Syarikat Bumiputera Muslim Sepenuhnya
Sungguh, sebagai seorang ‘Muslim‘, adalah menjadi tanggungjawap kita untuk membantu dalam membangunkan ekonomi ummah. Pada saya secara peribadi, jika ingin melihat kebangkitan ekonomi Islam, kita seharusnya menyokong penuh saudara Muslim kita yang lain dalam bermuamalat. Dari sudut perspektif tersebut saya melihat kepada perkara;
- Keuntungan sesebuah syarikat Muslim pasti akan dikembalikan kepada Muslim selainnya melalui infaq dan zakat perniagaan yang diberikan. Dan hasil keuntungan ini sangat bermakna untuk menbangunkan ekonomi dan taraf masyarakat muslim itu sendiri. Biarpun harga penjualannya sedikit mahal atau perolehan keuntungannya kecil berbanding syarikat emas non-muslim ketika ini, impak dari pemberian ikhlas kerana Allah itu amat besar nilainya. Dan, jika majoriti kita sebagai muslim bersatu padu membangunkan setiap syarikat muslim di bumi Malaysia, MasyaAllah, pasti bumi kita berkah dan jurang dari segi ekonomi antara kita dengan non-muslim itu akan mengecil.

2. Pematuhan Syariah Dengan Standard Yang Tinggi
KABGold hanya menjual ‘ready stock items‘ sahaja. Adalah menjadi misi syarikat untuk memastikan setiap urusniaga mematuhi standard pematuhan syariah yang tinggi. Maklumat berkaitan Penasihat Syariah KAB Goldynamics anda boleh dapatkan ‘Di Sini‘.
Apabila kita katakan KABGold mematuhi Syariah, maka kita akan pastikan dari segala sudutnya juga mematuhi Syariah. Perkara ini adalah komitmen dari pihak KABGold itu sendiri. Sebagai contoh berkenaan produk ‘Uncang Emas‘, keperluan Syariah yang dipenuhi adalah;
- Emas mesti dimilikinya dahulu oleh KABGold sebelum menjualnya kepada pelanggan
- Pelanggan perlu tahu berapakah jumlah emas yang masih tersisa sebelum mereka membeli
- Uncang Emas TIDAK boleh dibeli apabila peruntukan Uncang Emas itu telah habis dijual sepenuhnya
- Pelanggan boleh membeli kembali Uncang Emas setelah KABGold telahpun menambah stok Uncang Emas tersebut
Ini antara perkara asas yang KAB Gold mahukan agar semua pelanggan mengerti dan fahami. Kami mahu lahirkan bukan saja pelanggan yang sensitif dengan sah dan batal dalam transaksi jual beli emas, tetapi juga faham dan tahu sekurang-kurangnya asas apabila sesuatu produk itu ditawarkan oleh KAB Gold.
Kepatuhan syariah adalah misi utama kami dalam melaksanakan setiap transaksi agar mualamat berlandaskan Islam itu menjadi teras yang sangat utuh.

3. Harga Jauh Lebih Murah Berbanding Kedai Emas
Tahukah anda bahawa harga emas KABGold lebih murah berbanding harga di Kedai Emas dan kebanyakkan syarikat pengeluar emas yang lain? Perbedaan harga emas kami adalah sekitar RM15 – RM20 per gram lebih murah kerana kami ialah ‘Pengilang Emas’.
4. Susut Nilai Yang Terendah Di Pasaran
Susut nilai (spread) adalah antara kriteria terpenting jika kita mahu memaksimumkan keuntungan pelaburan Emas. Susut nilai Emas KABGold cuma sekitar 6% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis produk emas yang kita pilih.
Pada masa yang sama, keuntungan berganda hanya diberikan kepada para Dealer melalui rebet belian di antara 1% hingga 2% mengikut tahap Dealership seseorang. Sebagai tambahan, KABGold memberikan lagi rebat sebanyak 0.3% apabila kita menjualkan nya semula kepada KABGold.
Sangat menarik, tidakkah anda berminat untuk menjadi salah seorang dari Dealer kami dan menikmati ‘Keuntungan Sebagai Dealer KABGold‘?

5. Stok Produk Yang Tiada Had
Sekiranya harga pasaran emas dunia jatuh merundum, kemungkinan syarikat jualan emas akan mula ‘Hold Stock’ buat sementara waktu.
Ianya tidak bagi KABGold. Anda boleh membeli seberapa banyak yang diperlukan dengan harga emas semasa malah kami menggalakkan anda membeli secepatnya.
Tahukah anda dengan kelebihan ini dapat menguntungkan pelabur yang inginkan ‘Short Term Profit’?
6. Cawangan Yang Banyak di Seluruh Malaysia (Akan Datang)
Pada masa kini, KABGold mempunyai hanya mempunyai 1 cawangan di Gombak, Selangor Darul Ehsan. Pihak pengurusan di dalam fasa pembangunan yang mana akan membuka cawangannya di setiap negeri di Malaysa namun, segalanya adalah tertakluk kepada sokongan orang ramai juga. Semakin banyak pelanggannya maka cawangannya pasti akan di tambah dari masa ke masa.
Untuk ketika ini, sebarang urusan rasmi berkaitan pengurusan, belian, jualan mahupun pengeluaran emas fizikal anda boleh menghubungi ‘KABGold Operation Centre‘.
Bagi urusan pengeluaran emas fizikal, anda boleh menghubungi Admin KABGold di talian +6010 3233 341 / +6010 3233 342 dan berunding dengan mereka untuk penghantaran produk fizikal melalui penghantaran secara pos pada waktu bekerja.
Secara kebiasaanya, pembelian emas pelaburan (fizikal) agak mudah tetapi urusan jual balik yang mempunyai kesulitan kerana masalah cawangan yang tidak banyak. Dan saya faham keadaan tersebut.
Namun, harus di ingat bahawa ramai Dealer yang boleh membantu sebarang urusan pembelian tetapi apabila anda ingin menjualkannya semula, keadaan nya pula terbalik. Kerana, tidak ramai Dealer yang sanggup membeli semula produk emas terutamanya yang melibatkan modal yang besar.
Oleh itu, dengan kondisi cawangan yang banyak, ianya mampu menampung keperluan anda dalam sebarang urusniaga yang berkaitan.
7. Jaminan Pembelian Balik Walaupun Rosak
KABGold merupakan syarikat jualan emas yang sangat telus dan ‘transparent’. Anda boleh melihat harga semasa ‘KAB Buy’ dan ‘KAB Sell’ melalui ‘Website Rasmi KABGold‘.
Harga kami mengikut pasaran emas dunia dan ianya di update setiap 30 minit kecuali hari Sabtu dan Ahad kerana tiada urusniaga emas dunia pada hari tersebut.
Sebagai jaminan, walaupun emas anda dalam keadaan calar, kemek, bengkok, kehilangan resit malah packaging nya terbuka sekalipun, kami tetap menerima kembali emas-emas tersebut.
Tahukah anda sesetengah syarikat jualan emas mengurangkan harga belian secara drastik sekiranya emas anda tidak mengikuti kriteria jualan balik kerana anggapan ianya ‘Used Gold’? Itu sangat-sangat merugikan.
*** NOTE:
- Berita baik untuk anda! Walau jenama apa sekalipun emas fizikal yang ingin dijual oleh anda kami tetap menawarkan harga yang sama tanpa melihat sebarang perbezaan jenama
8. Diterima Secara Meluas di Ar-Rahnu
Emas KABGold diterima secara meluas oleh kebanyakkan Ar – Rahnu di Malaysia jika anda inginkan wang segera untuk tujuan perniagaan, pelaburan mahupun terdesak pada bila-bila masa.
Ketika artikel ini ditulis, Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Ar-Rahnu Tekun dan Ar-Rahnu Pos Malaysia juga menerima kesemua produk Emas KABGold. Makna disebaliknya, apabila Ar-Rahnu besar di Malaysia menerima item emas KAB Gold, ini bermakna produk kami ini disahkan ketulenan, berat dan bebas dari segala masalah.

9. Sistem Booking / Lock Price 24 Jam Sehari
Harga emas KABGold disemak setiap 30 minit mengikut ‘Real-Time’ harga pasaran emas dunia kecuali hari Sabtu dan Ahad. Anda boleh ‘Lock Price’ untuk tujuan pembelian dan jualan bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Apakah maksudnya?
Sekiranya harga emas menjunam pada waktu tengah malam dan kita yakin dengan harga belian tersebut, pada bila-bila masa kita boleh ‘Lock Price’ itu. Soal pembayarannya pula, boleh dilakukan melalui sistem FPX dan juga melalui bank transfer.
Pastikan order yang dibuat itu benar-benar mengikut kemahuan anda kerana, sekiranya anda tersilap dan tidak membatalkan order tersebut, anda TIDAK boleh membuat sebarang pembelian seterusnya sehingga jam 12 malam. Sistem KABGold akan reset setiap jam 12 malam dan anda boleh membuat pembelian setelah itu.
Begitu juga semasa jualan balik (KAB Buy), anda boleh ‘Lock Price’ sewaktu harga emas semasa sedang tinggi.
Namun tertakluk kepada ready stok yang ada kerana KABGold mematuhi syariah yang ketat iaitu hanya menjual produk yang ingin dijual itu benar-benar ada dalam simpanan.
10. Keupayaan Pembelian Semula Emas Oleh KABGold Dengan Jumlah Yang Besar
Kebanyakkan syarikat mampu menjual emas dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, tidak kesemuanya mampu membeli balik emas-emas terpakai dengan kuantiti yang besar. Keadaan ini boleh mendatangkan masalah kepada pelabur yang inginkan keuntungan dari proses jual beli emas.
Tetapi keadaan ini belum pernah berlaku kepada KABGold sejak ia memulakan operasinya pada awal tahun 2021. Urusniaga di KABGold mencecah jutaan ringgit sehari hasil dari jual beli ini.
11. Pembelian Emas Disertakan Sijil Ketulenan
Setiap Gold Bar atau Dinar Emas keluaran KABGold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh ‘Assayer’ yang amat terkenal dan sangat dipercayai di Malaysia iaitu ‘Tuan Abdul Shukor Anuar‘. Oleh itu, anda tidak perlu gusar dan khuatir tentang ketulenan tersebut. Bahkan ianya di terima secara meluas di Ar – Rahnu kerana kualiti emas yang pihak KABGold bekalkan.
12. Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen
Ingin saya tegaskan di sini, pihak kami tidak pernah sesekali mengenakan sebarang yuran / fees keahlian kepada para pelanggan kami.
Setelah anda ‘Mendaftarkan Diri Melalui Website Rasmi KABGold‘, maka anda akan diberikan ‘KAB Code‘ unik yang mana ianya adalah milik mutlak anda beserta sistem online yang beroperasi 24 jam untuk anda melihat pergerakan harga emas malah untuk membuat pembelian dan penjualan semula produk ‘Uncang Emas‘ anda.
Menariknya, KAB Code ini tidak akan terbatal walaupun anda tidak membuat sebarang pembelian atau anda telah mengeluarkan / menjual kesemua emas anda kepada pihak KABGold.
Melalui KAB Gold, Jadikan Saya Sebagai Pembimbing Logam Mulia Anda!
Pendaftaran yang sangat mudah dengan hanya klik di link; https://kabgold.my/introducer/KAB4188

Prosesnya amat mudah, ayuh daftar bersama KAB Gold dengan mengikuti langkah di bawah;
- Layari website rasmi http://www.kabgold.my
- Daftar dengan mengikuti setiap langkah yang di perlukan
- Letakkan KAB00004188 sebagai Introducer
- Verify email anda
- Berjaya! Dan anda kini boleh membeli emas
Buat anda yang berminat untuk menjadi ‘Gold Saver‘ mahupun merebut status ‘Dealer KABGold‘ yang sah di bawah rangkaian saya, anda boleh menghubungi saya melalui http://www.wasap.my/60193456033 pada bila-bila masa.
Jika anda inginkan perkongsian ilmu dan maklumat semasa berkaitan produk keluaran KAB Gold ini, anda boleh mengikuti group khas kendalian saya melalui link;
- Teratak Emas WhatsApp Group (KAB Gold): https://chat.whatsapp.com/IIM5ULojesJJYB3LRtPIRh
- Teratak Emas Telegram Channel (KAB Gold): https://t.me/TeratakEmasKABGold
Justeru itu, mengapa harus membayar lebih sedangkan anda boleh mendapatkan emas tulen milikan syarikat muslim dengan harga kilang?
Semoga manfaat yang baik dapat kita kongsikan bersama dan keterangan di atas menjadi panduan buat sekalian anda. InsyaAllah.
Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Group Manager (GGM) – KAB00004188
Knowledge | Asset | Bullion