Menjadi routine bagi kami melaksanakan tugas mengikut target yang telah ditetapkan oleh pihak Saudi Aramco yang mana tidak kami bermukim di suatu tempat pada jangkamasa yang lama.
Secara purata boleh di anggap 3 minggu bagi setiap lokasi. Jika kerjanya sangat complex, boleh jadi hampir 3 bulan lamanya dan jika dari awal setibanya kami di lokasi baru tersebut mempunyai permasalahan di dalam well setelah dikenalpasti pada pengujian kali pertama melalui Slickline Drift Run, silap-silap 2 ke 3 hari sahaja kami di sana dan terus rig down site equipment dan berangkat ke lokasi baru. Di ketika ini lah azab berganda sampai hingga lunyai tubuh badan dibuatnya!
Setiap lokasi mempunyai kisahnya yang tersendiri dan menerbitkan pelbagai pengalaman indah yang sukar untuk digambarkan. Sewaktu bertugas hampir 6 tahun di sana, banyak sekali field location yang saya uruskan sebagai seorang Wellsite Coordinator di antaranya yang masih saya ingat;
▪️Ain Dar
▪️Shedgum
▪️Uthmaniyah
▪️Udhailiyah
▪️Hawiyah
▪️Haradh
▪️Manjura
Kesemua lokasi di atas dirangkumkan sebagai Conventional Field dan ada juga beberapa Unconventional Field location yang saya turut terlibat dengan position kerja yang sama cuma saya lupa nama field nya. Bertugas di Unconventional Field jauh lebih tinggi cabarannya terhadap fizikal dan mental (terutamanya) dan lokasi ini amat jauh dari penempatan manusia juga kemudahan sedia ada. Manakala segala perhubungan 2 hala menggunakan system satellite.
Secara peribadi, lokasi yang paling menenangkan hati saya adalah Shedgum kerana pemandangan indah dapat saya rasai dengan menerbitkan kedamaian hati tatkala melihat bukit bukau sekelilingnya.
Owh ya, kucing yang berada di dalam gambar ini amat unik. Ianya telah hidup di padang pasir dan datang ke camp saya sewaktu kami baru tiba di Shedgum location. Agak lama juga menjadi teman kami di lokasi.
Saya lupa namanya yang diberikan oleh team kami dan ia hidup dengan amat sihat memandangkan pelbagai juadah makanan yang agak ‘mewah’ diberikan kepadanya. Setiap masa kucing ini akan berada di Office saya sebagai teman yang setia.
Ya, ini adalah secebis di antara kisah yang tidak pernah luntur dari ingatan berdasarkan pengalaman yang ditimba hampir 25 tahun dalam dunia Oil and Gas.
Semoga segala pengalaman dan pelbagai kisah indah ini dapat saya sampaikan kepada generasi mendatang terutamanya buat leluhur saya sebagai pengajaran membina agar mereka tahu betapa berharganya kita sebagai umat manusia dan hamba dari Yang Maha Esa.
Muhammad Yuhailmy
Megimbau Kenangan – Coretan Senja di Wilayah Persekutuan Labuan



