Mentor Terhebat Mencorak Kejayaan Yang Optimum

Ilmu Allah tersangat luas bahkan melebihi buih-buih di lautan. Alangkah rugi nya jika ilmu yang banyak ini tidak di raih sementara mata masih belum terpejam buat selamanya.

Dan disebalik kejayaan itu pasti berdirinya seorang Mentor yang sangat hebat di belakangnya.

Bagi ilmu emas dan Perak, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang mempertemukan saya dengan Mama Azizah Hassan yang sangat di kenali sebagai Official Speaker Public Gold Malaysia, Singapore dan kini di Indonesia.

Dan pastinya ilmu yang Mama curahkan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk membimbing para insan di luar sana agar semakin ramai yang celik akan kepentingan memiliki logam mulia juga mendapat pulangan yang berbaloi atas pelaburan yang dilaksanakan demi masa mendatang.

Perjalanan saya masih jauh namun tidak mustahil destinasi yang ingin dituju mampu diraih asalkan usaha yang berterusan dilaksanakan atas niat menambahkan bekalan sebelum bertemu Sang Pencipta Yang Abadi.


Selain itu, saya turut mempunyai beberapa mentor lagi di Malaysia ini yang sehingga kini saya masih menuntut ilmu dari mereka secara jauh. Jujur, saya amat kagum dengan semangat yang telah mereka curahkan kerana bagi mereka, perkongsian ilmu itu adalah menjadi kewajipan utama dalam diri demi pembangunan ummah. Alhamdulillah

Bersama Mama Azizah, Tuan Syukor Hashim dan Tuan Zulkifli Shafie sewaktu menghadiri Public Gold Jutawan Emas Training di Gunung Jerai Resort.
Bersama Tuan Syukor Hashim melalui Training Gold 101
Bersama Tuan Shufaad yang merupakan pakai di dalam Gold market analysis
Bersama Tuan Mohd Faeez sewaktu menghadiri seminar Public Gold berkenaan asas pendedahan mengenai emas dan perak.
Bersama Tuan Pokli sewaktu menghadiri seminar Public Gold berkenaan asas pendedahan mengenai emas dan perak.

Kata-kata azimat yang utuh dari para Mentor saya;

  • Dengan menyimpan emas kekayaan akan datang dan sekiranya kita menyimpan wang fiat (selain wang kecemasan) kekayaan pasti akan pergi
  • Usah terus menunggu harga rendah baru mahu bertindak kerana apabila ianya berlalu, pasti kita akan berputih mata menyesal tak sudah. Saat ketikanya pembelian waktu terdesak dilaksanakan, maka ketika itulah para penyimpan emas menjual simpanan mereka untuk merebut keuntungan
  • Keseronokan memiliki emas apabila di simpan sebaliknya wang fiat itu pula apabila dibelanjakan
  • Sebagai pembimbing emas, teruskan usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan memiliki logam mulia sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah kerana itu adalah antara bekalan terbaik sebelum bertemu penciptanya
  • Cabaran yang sangat besar apabila masyarakat menolak dari menyimpan Emas itu pasti akan ada kerana fikirannya telah dijajah sepenuhnya oleh sistem matawang ciptaan manusia yang penuh muslihat. Teruskan usaha mendidik kerana sampai satu masa, akal fikiran mereka pasti akan kembali menyatu dengan realiti sebenar
  • Jika ingin menjadi seorang insan yang kaya dan berjaya, kita seharusnya mengikut jejak langkah mereka yang telah sedia berjaya dan bukannya terus berangan-angan tanpa tindakan
  • Fast Action = Fast Result

Pesanan buat diriku,
Teruskan usaha menambah ilmu dan pada yang sama mendidik diri semoga berjaya mencapai kejayaan hidup serta dikurniakan kekayaan jiwa sepenuhnya. Allahumma Ameen

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Doakan saya !

Bersama Mama Azizah yang sangat periang. Semangat yang kental tanpa jemu mendidik para mentee sehingga ke saat ini. Semoga Allah mengurniakan sesuatu yang terbaik untukmu ‘di sana’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s