Uncang Emas, Apakah Itu?

Ianya adalah salah satu produk yang semakin hangat buat para pelanggan KAB Gold kini.

Uncang Emas (UE) KAB Gold secara rasminya telah dilancarkan pada 1 Mac 2021 yang lalu dan pelancarannya telah disempurnakan secara dalam talian oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KAB Goldynamics Sdn. Bhd. iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri.

Uncang Emas merupakan suatu kaedah untuk pelanggan membeli gram emas serendah 0.25 gram pada setiap masa. Gram emas ini boleh dikumpulkan, dijual semua dan dikeluarkan fizikalnya jika anda mahu dengan pembayaran premium fees yang akan dikenakan.

Uncang Emas adalah akaun emas dan bukan emas fizikal dan ianya BUKAN skim pelaburan yang menjanjikan sebarang dividen atau bonus keuntungan. Melalui sistem UE, pelanggan hanya melihat gram emas terkumpul sahaja dan bukannya Gold Bar mahupun Dinar Emas.


Kelebihan Uncang Emas (UE)

Pembelian Serendah 0.25gram

KAB Gold faham akan tahap kewangan para pelanggannya yang amat terbatas namun, memiliki hasrat untuk menyimpan emas sebagai persediaan di hari mendatang. Dengan pembelian akaun emas yang disandarkan kepada emas murni Au999.9 (24 karat) serendah 0.25gram, para pelanggan mampu membeli dengan kadar harga RM62 sahaja (merujuk kepada harga pada 24 Mar 2021 – RM268/gram)

Secara tidak langsung, melalui pembelian terendah ini juga mampu mendidik masyarakat agar konsisten menyimpan emas semampunya tanpa merasa bebanan.

Syarat Pembelian

Sesiapa sahaja asalkan mempunyai mykad atau mykid yang sah.

Penyimpanan Selamat

Ramai sekali di luar sana yang takut menyimpan emas fizikal atas faktor keselamatan dan tidak tahu di mana emasnya ingin di simpan. Melalui UE, risiko kecurian dan kehilangan amat rendah kerana pihak KAB Gold akan membantu anda untuk menyimpannya di peti simpanan syarikat TANPA sebarang kos tambahan / upah simpan (ianya Percuma). Apa yang perlu ada laksanakan ialah hanya melihat jumlah simpanan emas anda melalui online setiap masa dengan hati yang tenang.

Pembelian Mudah

Kini segalanya di hujung jari. Anda boleh membeli UE pada bila-bila masa 24 jam sehari, 365 hari setahun asalkan kuantiti emas yang ingin di jual masih berbaki melalui ‘Laman Web Rasmi KAB Gold‘ yang mesra pengguna dan pembayaran online melalui FPX system tanpa sebarang caj transaksi dikenakan turut disediakan kepada para pelanggan kami.

Untuk sebarang pembelian Uncang Emas, anda hanya melalui langkah berikut;

  • Login
  • Click Uncang Emas
  • Click Purchase
  • Lihat senarai harga yang tertera di gold purchase dan buat pilihan anda (0.25g, 1g dan RM100)
  • Masukkan nilai RM mengikut berat emas yang ingin di beli
  • Click online Payment
  • Click Continue With Purchase
  • Lihat butiran yang tertera di Gold Purchase Confirmation
  • Proceed to payment
  • System FPX – Pilih online banking pilihan anda dan click Proceed
  • Setelah pembayaran anda berjaya, sistem akan update secara automatik dengan memasukkan jumlah gram pembelian baru ke dalam balance anda

Tiada Komitmen Bulanan

Setiap pelanggan akan diberikan no keahlian khas yang dinamakan KAB Code. Memiliki no keahlian ini bukan bermaksud anda wajib membeli setiap masa yang menjadi sebagai komitmen setiap ahlinya. Tiada sebarang ikatan dan anda boleh membeli emas pada bila-bila masa di kala anda memiliki wang lebihan

Pengeluaran Keseluruhan Emas

Tiada syarat minimum baki simpanan di dalam UE. Anda boleh keluarkan kesemuanya dan akaun UE anda (termasuk KAB Code) akan kekal aktif sampai bila-bila.

Disokong 100% Emas Fizikal

Setiap penjualan emas melalui UE ini disokong / disandarkan sepenuhnya kepada emas fizikal Au999.9 (24 karat). Dan, anda hanya boleh membelinya selagi stok masih ada berdasarkan kepada maklumat inventori stok yang berbaki. Konsep UE ini adalah pecahan dari Gold Bar 1kg fizikal yang mana, para pelanggan berkongsi gram dengan pelanggan selainnya.

Merujuk kepada tarikh 24 Mar 2021 – RM268/gram

Antara syarat utama pematuhan syariah dalam urusan jual beli emas, stok emas fizikalnya perlu ada. Pihak penjual tidak boleh menjual barangan yang tidak wujud atau pun belum dimiliki oleh penjual tersebut. Barang jualan itu pula mestilah sesuatu yang boleh diserahkan dan, tidak boleh menjual sesuatu yang mustahil untuk diserahkan kepada pembelinya.

Pada waktu yang sama, pihak penjual tidak boleh menjual emas yang mempunyai sekatan tertentu seperti emas tertangguh, perjanjian kontrak atau emas yang masih dalam pajakan atau gadaian (ar-rahnu).

Jualan Semula (Buy Back)

Setelah sampai waktu samada di waktu kecemasan mahupun merasai keuntungan simpanan emas, anda boleh menjualkannya semula melalui sistem anda dan wang penjualan UE tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan serta disahkan oleh pihak KAB Gold sebelum ini.

Pengeluaran Emas Fizikal

Ya, anda boleh fizikalkan UE anda dengan pembayaran caj premium mengikut jenis emas yang ingin anda keluarkan samada Gold Bar mahupun Dinar Emas. Kebanyakkan pelanggan menyimpan UE secara konsisten bagi tujuan mengeluarkan produk emas yang lebih besar.

Pelanggan mempunyai pilihan untuk keluarkan fizikalnya mengikut pilihan hati asalkan cukup baki UE nya di dalam sistem. Premium caj akan dikenakan untuk setiap pengeluaran produk fizikal bermula dari harga RM10 mengikut jenis emas fizikal yang dikeluarkan

Sedikit maklumat tambahan berkaitan caj premium;

Apakah itu caj premium?
▪️Caj premium sebenarnya ialah nilai intrisik + jenama syarikat + operasi dan model perniagaan yang unik + kepatuhan syariah + nilai tambah + edisi terhad + royalti dan sebagainya.

Bagaimana dengan belian selain Uncang Emas?
▪️Caj premium telah sedia ada ditambah pada harga emas di jadual harga. Pembeli hanya terus membeli dengan harga akhir tanpa perlu menambah lagi caj premium tersebut.

Bagaimana dengan pembelian Uncang Emas?
▪️Caj premium hanya perlu dibayar oleh pelanggan apabila mengeluarkan item emas fizikal daripada Uncang Emas. Jika tidak, maka tiadalah caj premium.

Pematuhan Syariah Dengan Standard Yang Tinggi

KAB Gold hanya menjual ‘ready stock items‘ sahaja. Adalah menjadi misi syarikat untuk memastikan setiap urusniaga mematuhi standard pematuhan syariah yang tinggi. Maklumat berkaitan Penasihat Syariah KAB Goldynamics anda boleh dapatkan ‘Di Sini‘.

Apabila kita katakan KAB Gold mematuhi Syariah, maka kita akan pastikan dari segala sudutnya juga mematuhi Syariah. Perkara ini adalah komitmen dari pihak KAB Gold itu sendiri.Berkenaan produk Uncang Emas, keperluan Syariah yang dipenuhi adalah;

  • Emas mesti dimilikinya dahulu oleh KAB Gold sebelum menjualnya kepada pelanggan
  • Pelanggan perlu tahu berapakah jumlah emas yang masih tersisa sebelum mereka membeli
  • Uncang Emas TIDAK boleh dibeli apabila peruntukan Uncang Emas itu telah habis dijual sepenuhnya
  • Pelanggan boleh membeli kembali Uncang Emas setelah KAB Gold telahpun menambah stok Uncang Emas tersebut

Ini antara perkara asas yang KAB Gold mahukan agar semua pelanggan mengerti dan fahami. Kami mahu lahirkan bukan saja pelanggan yang sensitif dengan sah dan batal dalam transaksi jual beli emas, tetapi juga faham dan tahu sekurang-kurangnya asas apabila sesuatu produk itu ditawarkan oleh KAB Gold.

Kepatuhan syariah adalah misi utama kami dalam melaksanakan setiap transaksi agar mualamat berlandaskan Islam itu menjadi teras yang sangat utuh.


Melalui KAB Gold, Jadikan Saya Sebagai Pembimbing Logam Mulia Anda!

Pendaftaran yang sangat mudah dengan hanya klik di link; https://kabgold.my/introducer/KAB4188

Prosesnya amat mudah, ayuh daftar bersama KAB Gold dengan mengikuti langkah di bawah;

  • Layari website rasmi http://www.kabgold.my
  • Daftar dengan mengikuti setiap langkah yang di perlukan
  • Letakkan KAB00004188 sebagai Introducer
  • Verify email anda
  • Berjaya! Dan anda kini boleh membeli emas

Buat anda yang inginkan perkongsian ilmu dan maklumat semasa berkaitan produk keluaran KAB Gold ini, anda boleh mengikuti group khas kendalian saya di link;

▪️Teratak Emas WhatsApp Group (KAB Gold):
https://chat.whatsapp.com/IIM5ULojesJJYB3LRtPIRh
▪️Teratak Emas Telegram Channel (KAB Gold):
telegram.me/TeratakEmasKABGold
▪️Facebook Page:
https://www.facebook.com/KABGoldSelangor
▪️Info Mengenai KAB Gold:
https://teratakemas.com/category/kab-gold/

Semoga manfaat yang baik dapat kita kongsikan bersama…. 😊


Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Group Manager – KAB00004188
Knowledge | Asset | Bullion

http://www.wasap.my/60193456033