Demi Dzat Yang Maha Agung,
Saya hanya HambaNya yang Maha Kerdil. Tiada daya dan upaya melainkan pertolongan dariNya. Bukan insan yang hebat apatah lagi manusia yang tahu akan segala hal berkaitan kewangan, kerjaya dan kehidupan.
Hakikatnya, saya adalah seorang manusia yang mempunyai naluri dan semangat besar untuk berkongsikan ilmu pinjaman Allah demi kebaikan Saudara seagama (termasuk saya dan keluarga) sebagai peringatan agar mampu bersaing HANYA dengan diri sendiri agar menjadi lebih baik dari hari sebelumnya, Biiznillah.
Seumpama apa yang dikatakan oleh Guru saya; “JANGAN jadikan 50 tahun kedua dari umurmu sama dengan 50 tahun pertama!“
Sewaktu berlangsungnya sessi ‘Meet and Greet‘ anjuran Hamare Group pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala-Lumpur yang lepas, saya berpesan kepada diri saya juga sekalian yang menonton agar mengambil peluang terhidang sementara ilmu berada di ‘hujung jari’.
Dari apa yang saya sampaikan, suatu ketika dahulu, ILMU EMAS amat sukar didapatkan manakala pendedahan akan kebaikan serta fungsinya tidak tersebar secara meluas di dalam masyarakat kita.
Kebanyakkan yang diajar oleh orang tua kita; “Simpan wang banyak-banyak dalam bank agar dikemudian hari merasa senang dan segala keperluan pasti mencukupi” walhal tanpa sedar, perasaan takjub akan sekeping kertas yang ditandai dengan nombor ini membuatkan kita terlalu bekerja keras mendapatkannya malah, tanpa sedar kekayaan di bina itu sedikit demi sedikit terhakis angkara ‘Sang Toyol’ yang bernama inflasi!
Tatkala Ilmu Emas mula tersebar dan kesedaran telahpun ada pada bakal Penyimpan Emas, ianya bukannya mudah untuk didapatkan. Pengorbanan melalui sejumlah wang yang perlu dijadikan ‘mahar’ demi secebis ilmu menjadi trend. Di mana-mana pelbagai kelas berkaitannya di buka dengan bayaran tertentu. Ya, saya Salah seorang darinya yang melabur sejumlah wang bagi tujuan tersebut.
Kini, ilmu berkaitan EMAS hanya di hujung jari. Begitu mudah untuk didapatkan melalui pelbagai medium samada secara online, seminar emas secara percuma juga personal coaching yang dibuat oleh para pembimbing emas baik secara online mahupun offline.
Namun, adakah kita sebagai masyarakat Malaysia menjadikan emas sebagai medium simpanan terbaik sedangkan segala ilmu terbentang luas dan hanya menunggu untuk ‘di petik’?
Tidak dengan itu, keadaan kini seumpama ‘Perigi yang mencari Timba’. Tatkala begitu ramai Pembimbing Emas ingin berkongsikan ilmu akan kebaikan Logam Mulia dengan perasaan semangat dan penuh teruja secara percuma, sambutan yang diberikan tersangatlah hambar.
Beringatlah,
Kehidupan kita ini boleh diibaratkan seperti roda. Ada waktu ianya di atas dan ada waktunya menjerumuskan kita ke bawah tanpa sedar. Pelbagai kemungkinan itu wujud malah sejarah masa lalu telah membuktikannya. Permasalahan utama tatkala kita berada di atas, tidak sekali kita bersedia juga melengkapkan diri seandainya kita jatuh ke bawah bukan? Ya, barangkali mata tertutup dan telinga tidak lagi mendengar atas sebab perasaan yang hadir bahawa diri masih utuh dan berada di suatu posisi yang aman.
Secara peribadi,
Walaupun saya mengenali dunia emas sejak tahun 2012, tetap rasa penyesalan yang besar terbit dari hati saya akan mengapa tidak saya bermula lebih awal?
Sewaktu saya bertugas di sektor Oil and Gas pada tahun 2002, harga emas ketika itu berlegar di antara RM30-RM35 per gram yang mana setidaknya saya mampu untuk membeli emas sejumlah 50gram setiap bulan kerana, saya tidak mempunyai komitmen yang besar. Hampir sepenuh masa saya berada di Offshore (makanan juga tempat tinggal turut disediakan).
Apa yang berlaku ketika itu?
Wang pendapatan hasil dari cucuran keringat yang sentiasa membasahi bumi itu menjadi umpama debu yang berterbangan tatkala diri menganggap ‘Cash is the king!‘
Jika mata hati saya telah terbuka dan minda hebat menguasai diri, setidaknya, berganda-ganda milikan emas saya berbanding simpanan hari ini.
Selalu diri berkata, “kalau … kalau …. kalau lah aku ….”. Bak kata pepatah lama, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Kerana itu saya TIDAK mahu generasi muda seterusnya lebih-lebih lagi Saudara seagama menjadi seperti saya.
Buat anda di luar sana,
Sejujurnya anda masih belum terlewat. Usahakan sebaik mungkin menyimpan Logam Mulia kerana akan sampai di suatu masa, tidak akan bernilainya wang ringgit walau seberapa banyak sekalipun jumlah nya melainkan EMAS dan PERAK.
Anda akan memahami maksud ini sedalam-dalamnya jika anda menyakini situasi yang berlaku di zaman ini serta persediaan ke zaman selepasnya.
Jika anda telahpun mempunyai ilmu dan kefahaman mengenainya, sampaikan kepada ahli keluarga juga kenalan yang ada agar bersama mendapat manfaat darinya, Insya-Allah.
Demi Allah,
Saya doakan agar anda kaya dan berjaya buat di dunia dan akhirat, Allahumma Aameen.
Muhammad Yuhailmy
Dari Pena AbuAdam
Alkisah – Inspirasi Melalui EMAS
