Dan Semurni kasihNya….
MasyaAllah, Alhamdulillah,
Bersempena Penghulu segala hari, atas izinNya saya menerima Top Performer Sales Award ini dari pihak Pengurusan KAB Goldynamics Sdn. Bhd. yang pastinya membuatkan saya terharu dan amat berterima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini terutamanya para Pelanggan dan Executive Partner (Dealer) di bawah kendalian saya melalui Empayar KAB Gold Selangor (EKGS).
Dedikasi ini khas buat keluarga dan para Mentor Logam Mulia saya selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
➖
Alhamdulillah,
Terlalu banyak pengalaman serta perkongsian ilmu yang saya terima sejak menjadi salah seorang Pembimbing Emas dan Perak sejak tahun 2015 nan lalu. Segala usaha dan input yang diterima bertujuan agar diri ‘Dibimbing Untuk Membimbing’ mereka di luar sana.
Saya akui kehidupan masyarakat ketika ini membuatkan diri mereka semakin gelisah atas pelbagai faktor kewangan yang mencengkam (tidak terkecuali, saya pernah merasai pengalaman yang sama). Usaha saya demi mempertingkatkan ilmu berkaitan Logam Mulia dan membimbing masyarakat adalah antara matlamat hidup ketika ini sebagai amal jariah untuk melengkapkan bekalan sebelum bertemu denganNya.
Secara jujur, saya bukanlah insan hebat di dalam perkara ini namun, saya mempunyai azam dan semangat untuk merealisasikan impian agar semakin ramai insan di luar sana yang celik akan kepentingan memiliki Logam Mulia.
Maha Suci Allah,
Hati saya ‘Berbunga’ tatkala dapat membantu para pelanggan di bawah rangkaian EKGS. Walaupun bilangan mereka tidaklah mencapai ribuan orang, saya yakin kebanyakkan prospect di luar sana masih setia menelaah ilmu yang disampaikan.
Doa dan harapan agar penyampaian tersebut meresap utuh di dalam hati dan sampai waktu mereka turut menjadi salah seorang Penyimpan Emas dan Perak yang berilmu, Allahumma Ameen.
Yang pasti, saya sangat BANGGA dan GEMBIRA !!
Sungguh,
Dalam usaha perkongsian ilmu secara tidak langsung turut mengukuhkan ikatan ukhwah antara kami, Alhamdulillah.
Buat mereka yang terbuka hati juga yang berhajat untuk menyertai perkongsian ilmu berkaitan Emas dan Perak, anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa agar dapat untuk saya bimbing anda sebaik mungkin, insya-Allah.
Sekadar Renungan – Pentingnya Ilmu
===
Pisang Raja Dalam Perahu,
Masak Buah Pisang Sekerat,
Barang Siapa Yang Tinggi Ilmu,
Insya Allah Darjat Akan Diangkat.
Semoga kalian semua kaya dan berjaya di dunia mahupun di akhirat, Allahuma Ameen.
Source; https://www.facebook.com/share/p/18i784P2gA/
…
Muhammad Yuhailmy (AbuAdam)
DUTA | KABGoldSelangor.com
