Nota Emas KAB

Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB) merupakan Pengasas dan CEO KAB Goldynamics Sdn Bhd. Beliau seorang yang sangat dinamik, ‘energetic’ insan yang menginspirasikan, motivator dan usahawan syariah berjaya.

Walaupun berpengalaman luas di dalam dunia logam mulia, beliau amat komited menyampaikan ilmu kepada masyarakat demi hasrat untuk mengembalikan kegemilangan emas dan perak sesuai dengan tarafnya yang amat tinggi dan bernilai suatu ketika dahulu.

Sesuai dengan moto KABGold iaitu ‘Knowledge, Asset, Bullion’, ilmu adalah segala-galanya baginya dan seluruh pelanggan KABGold dengan menyediakan saluran-saluran yang hebat dan bermanfaat agar semua pelanggan dapat memiliki emas dan perak dengan ilmu yang baik dan menyeluruh. InsyaAllah

Berikut dikongsikan pelbagai perkongsian ilmu dari Ustaz KAB sebagai panduan buat kita agar dapat memahami kebaikan dan menjadi azimat kekuatan untuk menjadi seorang Penyimpan Emas yang terbaik.


Sang Emas,

Tak kenal maka tak cinta, Bila dah kenal, terus menggila….

Walaupun ramai yang tahu bahawa emas adalah sesuatu yang baik, bagus, berharga dan juga elok jika disimpan dan dimiliki, tetapi tidak ramai yang benar-benar berusaha untuk memilikinya. Ini semua disebabkan kurangnya ilmu dan pendedahan tentang emas. Bila dah tahu betapa hebatnya simpanan emas, bertangguh-tangguh pula. Tak segera membeli dan menyimpan emas.

Akhirnya menyesal sebab lambat untuk bermula. Katanya; “Kalau aku tahu macam ni punya bagus simpan emas, 20 tahun lepas aku dah mula simpan emas!”

Ada banyak salah faham masyarakat tentang emas.

Yang pertama sekali ialah, ramai yang menganggap emas hanya untuk orang wanita sahaja. Emas perhiasan jika untuk dipakai, memang hanya orang wanita yang harus memakainya. Ini kerana, haram hukumnya orang lelaki memakai barang kemas.

Tetapi untuk dibeli dan disimpan, semua orang boleh membeli dan menyimpannya. Tidak kiralah sama ada orang lelaki atau pun orang perempuan.

Salah faham yang kedua tentang emas ialah emas hanyalah dalam bentuk barangan kemas.

Katanya;

▪️“Tak best la emas ni. Kami orang lelaki beli emas nak buat apa? Bukannya boleh pakai pun.”

▪️“Saya jenis perempuan yang tak pakai barang kemas. Jadi saya tak nak nampak apa pentingnya barang kemas untuk saya.”

Sebenarnya, emas bukan saja dalam bentuk barangan kemas. Emas boleh datang dalam bentuk ketulan, serbuk, jongkong dan juga koin. Pilih saja bentuk mana yang sesuai dengan budget dan matlamat kita. InsyaAllah ia akan relevan dan berguna suatu hati nanti.

Ramai juga beranggapan bahawa emas hanyalah untuk orang-orang kaya atau berada. Ini kerana persepsi kebanyakan orang, emas adalah mahal harganya.

Emas tidak dicipta Allah hanya untuk orang kaya!

Bahkan emas mampu dimiliki oleh semua orang tidak mengira apa latar belakang kewangan mereka. Istimewanya emas, ia boleh dibeli sedikit demi sedikit. Jika matlamat setiap orang ialah untuk memiliki 1kg emas suatu hari nanti, ia boleh dicapai dengan perancangan yang betul dan teliti.

Tambahan pula sekarang ini sudah banyak produk emas yang menawarkan pembelian minimum yang sangat menarik. Ia sesuai dengan kemampuan kewangan yang mungkin sangat terhad bagi kebanyakan orang.

Sebagai contoh, para pelanggan boleh membeli emas serendah 0.25 gram di KAB Gold menggunakan akaun Uncang Emas. Ia sekadar RM65 – RM75 sahaja mengikut harga emas semasa.

Salah faham tentang emas yang boleh membinasakan ialah apabila ada yang beranggapan emas boleh menjana keuntungan dengan sendirinya. Emas sangat berbeza dengan instrumen kewangan yang lain. Emas tidak memberi pulangan tetap kepada pemiliknya.

Keuntungan atau kerugian dengan emas hanya akan berlaku apabila adanya urusniaga jualan atau belian.

Berhati-hati dengan penyangak kewangan atau scammer yang menawarkan skim cepat kaya dengan berasakan emas. Mereka akan menawarkan pulangan tetap yang tidak masuk akal, kononnya dengan pelbagai teknik manipulasi emas.

Emas sangat sinonim dengan pelaburan.

Ramai yang melihat emas hanya dari sudut pelaburan iaitu beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi. Rupa-rupanya banyak lagi fungsi emas selain daripada sekadar instrumen pelaburan. Bila kita tahu fungsi-fungsi lain emas, kita akan gembira apabila membeli dan menyimpan emas.

Harga naik kita happy. Harga turun kita lagi happy…. 😊

Emas sangat unik❗️

Ia mempunyai fungsi yang pelbagai dan sesuai dengan apa sahaja matlamat kewangan pemiliknya. Syaratnya, mestilah ada ilmu yang betul. Ilmu tentang emas sekarang ini tidak susah untuk kita diperolehi. Ada banyak medium ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh semua.

Anda boleh;

  • Hadir ke seminar tentang emas
  • Melihat video yang berkaitan emas
  • Membaca
  • Melayari laman web
  • Bertanya kepada mereka yang arif

Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan…. 😊

Bersambung……


Melalui KAB Gold, Jadikan Saya Sebagai Pembimbing Logam Mulia Anda!

Pendaftaran yang sangat mudah dengan hanya klik di link; https://kabgold.my/introducer/KAB4188

Prosesnya amat mudah, ayuh daftar bersama KAB Gold dengan mengikuti langkah di bawah;

  • Layari website rasmi http://www.kabgold.my
  • Daftar dengan mengikuti setiap langkah yang di perlukan
  • Letakkan KAB00004188 sebagai Introducer
  • Verify email anda
  • Berjaya! Dan anda kini boleh membeli emas

Buat anda yang berminat untuk menjadi ‘Gold Saver‘ mahupun merebut status ‘Dealer‘ sah di bawah rangkaian saya, anda boleh menghubungi saya melalui http://www.wasap.my/60193456033 pada bila-bila masa.

Jika anda inginkan perkongsian ilmu dan maklumat semasa berkaitan produk keluaran KAB Gold ini, anda boleh mengikuti group khas kendalian saya melalui link;

Semoga manfaat yang baik dapat kita kongsikan bersama…. 🙂

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s