Surah Al-Fatihah Sebagai Hadiah Yang Terbaik

Ini adalah antara ilmu baru yang saya perolehi dari hasil pembacaan yang secara tidak langsung mengetuk hati saya yang paling dalam dan ingin sekali saya kongsikan kepada anda semua.

Sebaik mungkin secara konsisten, usahakan setiap kali selepas solat agar menghadiahkan bacaan Al-Fatihah khas kepada;

  • Baginda Muhammad SAW
  • Kedua IbuBapa
  • Para Guru yang pernah membimbing kita dengan ilmunya
  • Pasangan kita (suami atau isteri)
  • Anak-anak kita
  • Muslimin dan Muslimat yang telah meninggal dunia

Bayangkan mereka berada di hadapan anda dan anda merenung mereka dengan penuh kasih …. 😊

Jadikan ianya amalan harian anda.

MasyaAllah, saya telah merasai betapa tenangnya hati dalam menghadapi hari-hari yang berlalu dan Alhamdulillah, terlalu banyak urusan saya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Minta juga kepada Allah SWT agar hatimu seluas ‘Samudera’.

Sahabatku Yang Mulia,
Hanya sedekahkan Surah Al-Fatihah dan ianya mudah bukan? Namun, semudah apa pun ianya tetap perlu hadir dengan hidayah Allah. Benar, perkara semudah ini pun adakalanya kita gagal melakukannya secara istiqamah.

Semoga Allah buka pintu hati kita agar menjadi antara hambanya yang terbaik. Doa dan harapan perkongsian ilmu ini juga dapat kita panjangkan kepada insan-insan di luar sana. In Shaa Allah

Sedekah itu menghapuskan resah dan gelisah !

Leave a comment