Surah Al Insyirah merupakan Surah di dalam Al Quran yang sangat baik untuk diamalkan. Ia merupakan surah ke-94 dalam Al Quran yang bererti ‘Kelapangan’. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dari golongan surah Makkiyah.
Dengan mengamalkan atau membaca surat Al Insyirah inii bukan hanya mendapat pahala, juga mendapatkan manfaat yang sangat luar biasa. InsyaAllah
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 1)
Arab Latin – a lam nasyroh laka shodrok
Tafsir: Dalam ayat ini dinyatakan bahawa Allah telah melapangkan dada Nabi Muhammad dan menyelamatkannya dari ketidaktahuan tentang syariat.
Nabi Muhammad juga dirisaukan akibat kebodohan dan keras kepala kaumnya. Mereka tidak mahu mengikuti kebenaran, sedangkan Nabi Muhammad selalu mencari jalan untuk melepaskan mereka dari lembah kebodohan, sehingga ia menemui jalan untuk itu dan menyelamatkan mereka dari kehancuran yang sedang mereka alami.
Maksud dari ayat ini juga adalah Allah telah membersihkan jiwa Nabi Muhammad dari segala macam perasaan cemas, sehingga dia tidak gelisah, susah, dan gusar. Nabi Muhammad juga dijadikan selalu tenang dan percaya akan pertolongan dan bantuan Allah kepadanya.
Nabi Muhammad juga yakin bahawa Dia yang menugasinya sebagai rasul, sekali-kali tidak akan membantu musuh-musuhnya.
“Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -“ (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 2)
Arab Latin – wa wadho’naa ‘angka wizrok
“Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 3)
Arab Latin – : allaziii angqodho zhohrok
Tafsir: Dalam ayat 2 dan 3 ini, Allah mengungkapkan bahawa Dia bekenan meringankan beban yang dipikulkan kepada Nabi Muhammad dalam menunaikan penyebaran risalah-Nya.
Oleh demikian, dengan mudah Nabi dapat menyampaikannya kepada manusia, dan dengan jiwa yang tenteram menghadapi tentangan musuh-musuhnya walaupun kadang-kadang tentangan itu berbahaya.
Setelah Muhammad diangkat menjadi Rasul, maka beliau mulai melaksanakan tugas menyampaikan agama Allah kepada orang-orang Quraisy.
“Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 4)
Arab Latin: wa rofa’naa laka zikrok
Tafsir: Dalam ayat ini diterangkan bahawa Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad, meninggikan kedudukan dan memperbesar pengaruhnya.
“Dan kami pun telah tinggikan sebutan namamu bagimu, kami sebut namamu secara berurutan dengan nama-Ku, seperti dalam syahadat, azan, tasyahud, dan sebagainya. Itu adalah kemulian tersendiri yang tidak kami berikan kepada nabi-nabi yang lain”.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 5)
Arab Latin: fa inna ma’al-‘usri yusroo
Tafsir: Dalam ayat ini dinyatakan, Allah mengungkapkan bahawa sesungguhnya di dalam setiap kesempitan, terdapat kelapangan, dan di dalam setiap kekurangan sesuatu untuk mencapai keinginan, terdapat pula jalan keluar.
“Demikianlah nikmat-nikmat Ku kepadamu, maka tetaplah berharap pada pertolongan Tuhanmu kerana sesungguhnya beserta kesulitan apapun pasti ada kemudahan yang menyertainya. Engkau hadapi kesulitan besar dalam menyampaikan dakwah kepada kaummu; mereka ingkar dan menentangmu, tetapi Allah memberimu kemudahan untuk menaklukkan mereka.”
“(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 6)
Arab Latin: inna ma’al-‘usri yusroo
Tafsir: Ayat ini adalah ulangan ayat sebelumnya untuk menguatkan erti yang terkandung dalam ayat yang terdahulu. Apabila kesulitan itu dihadapi dengan tekad yang sungguh-sungguh dan berusaha dengan sekuat tenaga dan fikiran untuk melepaskan diri darinya, tekun dan sabar serta tidak mengeluh atas kelambatan datangnya kemudahan, pasti kemudahan itu akan tiba.
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 7)
Arab Latin: fa izaa faroghta fangshob
Tafsir: Sesudah menyatakan nikmat-nikmat-Nya kepada Nabi Muhammad dan janji-Nya akan menyelamatkan beliau dari bahaya-bahaya yang menimpa, Allah memerintahkan kepadanya agar mensyukuri nikmat-nikmat tersebut dengan tekun beramal soleh sambil bertawakal kepada-Nya.
Apabila telah selesai mengerjakan suatu amal perbuatan, maka hendaklah beliau mengerjakan amal perbuatan lainnya. Kerana, dalam keadaan terus beramal, beliau akan menemui ketenangan jiwa dan kelapangan hati.
Ayat ini menganjurkan agar Nabi SAW tetap rajin dan terus menerus tekun beramal.
“Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” (QS. Al-Insyirah 94: Ayat 8)
Arab Latin: Wa ilaa robbika farghob
Tafsir: Dalam ayat ini, Allah menegaskan agar Nabi Muhammad tidak mengharapkan pahala dari hasil amal perbuatannya, akan tetapi hanya menuntut keredhaan Allah semata.
Kerana Dia lah sebenarnya yang dituju dalam amal ibadah dan pada-Nyalah tempat merendahkan diri.
Demikian lah Surah Al-Insyirah beserta tafsirannya, semoga dengan rutin membaca surah tersebut, hati kita menjadi lapang dan dapat membuka pintu rezeki seluas-luasnya.
Apakah Kelebihan Membacanya Kepada Kita?
MasyaAllah, terlalu banyak manfaat serta kebaikkan yang akan dikurniakan Allah buat para pengamal Surah ini di antaranya;
1. Diberikan Kelapangan Dalam Hidup – Rasulullah SAW bersabda yang ertinya; “Barang siapa membaca surah Al Insyirah seperti ia mendatangi ku serta aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan dariku”.
Setiap orang Muslim pastinya ingin diberikan kelapangan dalam hidupnya samada dalam urusan rumah tangga, bersosial dengan sesama Muslim juga dalam pekerjaan. Maka bacalah Surat Al Insyriah setiap hari.
2. Diberikan Kemudahan Dalam Mencari Rezeki – Bacalah surah ini setelah melaksanakan zikir kepada Allah juga Solat Fardhu. InsyaAllah akan dimudahkan semua urusan oleh Allah SWT.
3. Akan Dilapangkan Hatinya – Masalah yang bertubi-tubi dapat membuat hati menjadi sempit dan berputus asa. Kerana itu untuk seorang yang beriman diwajibkan membaca surah ini di saat sedang mengalami kesulitan.
Dalam satu di antara ayatnya juga Allah berfirman, “Sesungguhnya bersama kesulitan ada keringanan.” Oleh kerana itu kita mesti yakin bahawa Allah pasti akan menolong hambaNya selagi kita selalu memperbaiki diri serta memohon kepadaNya.
4. Diberikan Kekayaan Yang Melimpah – Supaya hidup menjadi lebih baik, mulai saat ini bacalah surat Al-Insyirah setelah selesanya Solat fardhu sebanyak 40 kali. Amalkanlah sepanjang 7 hari berturut-turut, InsyaAllah akan diberikan rezeki oleh Allah SWT.
5. Dimudahkan Memperoleh Pekerjaan – Untuk mereka yang dalam kesusahan dalam usaha untuk memperolehi pekerjaan, cuba laksanakan ‘Solat Sunat Mutlak‘ 2 rakaat. Setelah itu, bacalah surah Al Insyirah dan memohon kepada Allah agar dikabulkan keinginan kita.
Allahu Allah, amat banyak manfaat, fadhilat dan ganjaran yang dikurniakan Allah bagi pengamal surah ini. Lakukanlah dengan sepenuh hati dan seikhlas-ikhlasnya dengan mengharapkan redha dari Allah SWT.
Pada yang sama, hayati makna ayat ini dengan mendalam. InsyaAllah akan anda mengerti atas izin-Nya.
Surah Insyirah Sebagai Doa Untuk Melapangkan Dada
Adakalanya kita akan rasa seperti sesak dada disebabkan oleh kesibukan tugas seharian, pelbagai ujian yang datang dan pelbagai hal yang tidak habis kunjung tiba. Lapangkan dada agar otak kita mampu berfikir sewajarnya dengan penuh ketenangan.
Anda boleh mencuba dengan meletakkan tangan kanan anda di dada kiri dan membaca Surah Al-Insyirah ini sebanyak 3 kali. InsyaAllah anda akan merasa ketenangan dan keluar dari sebarang kekusutan.
Semoga ketenangan mengiringi setiap langkah dan denyut nadi kita. Ingat, orang yang tenang itu pasti akan selalu tenang !
One thought on “Surah Al-Insyirah – Pengertian, Makna dan Keutamaannya Yang Boleh Melapangkan Hati”