Perkongsian Amalan – Khasiat Ayat Laqod Ja’akum

Surah ini diturunkan di Madinah dan mengandungi 129 ayat. Ia diinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Surah ini juga dinamakan surah ”Baraa’ah” (pemutusan tanggungjawab) yang maksudnya ”pembatalan perjanjian” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Intisari kandungannya menerangkan peristiharaan dari Allah SWT dan RasulNya, yang ditujukan kepada kaum musyrik Arab dan ditegaskan bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasulullah SAW maka perjanjian itu adalah dibatalkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka diberi waktu selama 4 bulan. Sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam, maka mereka akan dimusnahkan di mana sahaja mereka ditemui.

Surah ini juga menandakan rahsia kaum munafik yang pura-pura Islam pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya. Pada masa yang sama, ayat ini juga menyatakan kasih Allah kepada para HambaNya.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

لَـقَدْ جَآءَكُمْ رَسُوْلٌ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِا لْمُؤْمِنِيْنَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (yaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat dermawan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [Surah At-Tawbah : Ayat 128]

فَاِ نْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۗ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “. [Surah At-Tawbah : Ayat 129]

Pembacaan yang berterus dan menjadi amalan setiap hari In Shaa Allah boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat juga mampu meneguhkan iman seseorang kepada Allah SWT. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. In Shaa Allah.ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT.

Keistimewaan dua ayat akhir dari Surah At-Taubah (juga dinamakan Ayatul Hisni) bagi sesiapa yang mengamalkannya adalah sebagai berikut;

  • Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat
  • Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia
  • Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapat pertolongan
  • Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendapat kelapangan
  • Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dapat melunasinya
  • Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya
  • Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan
  • Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Maka Allah akan memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ini, walhal setiap hari kita membacanya. Itu tanda ajal kita sudah hampir tiba.

Kaedah Amalan; Baca Surah At-Taubah ayat 128 -129 ini sebanyak 7 kali kemudian di lanjutkan dengan membaca Surah At-Taubah ayat 129 sebanyak 7 kali juga pada setiap selesainya solat fardhu. In Shaa Allah

Masya Allah, kelebihannya amat besar atas izin Allah dan semoga ianya menjadi amalan kita sekeluarga hingga ke akhir hayat. Allahumma Ameen

Leave a comment