Apabila berjumpa dan duduk di hadapan Paksu Mid ini, hati secara tidak langsung merasa gementar, timbul segala perasaan hormat, segan, malu dan rasa hina. Walhal Paksu Mid bukannya orang besar, bukan seorang Menteri, bukan orang gagah malah berpengaruh. Tetapi mengapa terbitnya perasaan itu? Jangankan berhadapan dengannya malah sewaktu menuju ke rumahnya pun diri merasa gementar. … Continue reading PakSu Mid – Sebuah Mutiara Yang Hebat!
Category: Jalan Kesufian
Tanya Sama Itu Hud-Hud – Maksud Tersirat Mencari Diri
Tujuh Puluh Tiga Pintu... Tujuh Puluh Tiga Jalan... Yang Sampai Hanya Satu Jalan Sebuah hadith Rasulullah SAW menyebutkan tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya. Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab … Continue reading Tanya Sama Itu Hud-Hud – Maksud Tersirat Mencari Diri
Asal Perkataan Sufi
Dari mana asalnya perkataan "SUFI" ? Ibn Khaldun Rahimahullah (1322M - 1406M) menegaskan bahawa pada kurun ke-2 Hijrah dan seterusnya, masyarakat mula cenderung kepada urusan duniawi. Pada masa itu, nama “SUFI” diberikan kepada mereka yang cenderung kepada ibadah. [Rujukan kitab (al-Muqaddimah, 3/76)] Menurut Abu Nasr al-Sarraj Rahimahullah pula istilah SUFI ditemui seawal zaman al-Imam al-Hasan … Continue reading Asal Perkataan Sufi
Kenali Hawa Nafsu
Sifat ADA adalah sebenarnya sifat Allah. Sifat ADA itu ESA, hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat ADA. Selain daripada Allah sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada atau tiada. Untuk memperkenalkan diriNya, Allah telah tajalli atau zahirkan sifat adaNya. Apabila Allah zahirkan sifat adaNya, sifat ada itu tetap menjadi milik Allah juga dan tidak … Continue reading Kenali Hawa Nafsu
Jalan Pencarian Tuhan
Para penguasa / pemimpin / sultan / pemerintah / raja di waktu silam sentiasa merujuk kepada Guru Rohani mereka. Sepertimana Sultan Muhammad al-Fateh yang sentiasa merujuk Sheikh Aaq Syamsuddin, sepertimana Sultan Zainal Abidin III merujuk Tokku Paloh dan ramai lagi. Mereka tidak membuat keputusan terburu-buru sebaliknya akan merujuk dahulu kepada guru rohani mereka. Seorang pemimpin … Continue reading Jalan Pencarian Tuhan
Syair Makrifat
Jikalau diibarat sebiji kelapa,Kulit dan isi tiada serupa,Janganlah kita bersalah sapa,Tetapi beza tiadalah berapa. Sebiji kelapa ibarat sama,Lafaznya empat suatu makna,Di situlah banyak orang terkena,Kerana pendapat kurang sempurna. Kulit itu ibarat Syariat,Tempurungnya itu ibarat Tariqat,Isinya itu ibarat Haqiqat,Minyaknya itu ibarat Makrifat. Shaykh Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri
Sentuhan Kisah
Suatu ketika, syaitan telah memasuki ke dalam hati salah seorang daripada murid Al Junaid Al Baghdadi dan telah membisikkan bahawa murid itu telah mencapai kesempurnaan dan tidak perlu lagi menuntut dengan Aulia Allah tersebut. Maka dari itu, murid tersebut telahpun memencilkan dirinya. Berkata murid itu pada suatu hari bahawa dia telah dikunjungi oleh malaikat setiap … Continue reading Sentuhan Kisah
Qalbun Salim Bil Makrifatillah
Makrifatullah; Jalan Keselamatan Diri Dunia dan Akhirat Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung; (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya … Continue reading Qalbun Salim Bil Makrifatillah
Pantun Tok Kenali
Bismillah itu mula disebut,Rahman dan Rahim sifat mengikut,Dunialah akhirat nyatalah luput,Jalan hakikat pula diturut. Alhamdulillah pujinya Insan,Robbil Alamin sifatnya Tuhan,Selawat Nabi akhir zaman,Muhammad Amin Abi Burahman. Jalan yang takzim pula dikata,Atas Nabi Junjungan kita,Sahabat empat nyatalah serta,Tiada berhenti sekejap masa. Jalan hakikat sangat terbilang,Tiada binasa urat dan tulang,Daging dan darah tiada hilang,Maka sifat itu dibawa … Continue reading Pantun Tok Kenali
Pandangan Mata Hati
Kata Imam Al Ghazali; "Sesiapa yang kuat pandangan mata hatinya, maka keadaannya akan menjadi seimbang, di mana dia tidak lagi melihat selain daripada Allah SWT. Dia tidak lagi mengenal selain daripada Allah SWT (tidak fokus kepada yang lain-ini hal fana'). Maka, ketika itu dia mengetahui (bukan dengan pengetahuan akal semata-mata, tapi dengan penghayatan) bahawa tiada … Continue reading Pandangan Mata Hati