Ilmu Tanpa Sempadan

Alhamdulillah,Sejak menceburkan diri sepenuh masa menyumbang pelbagai ilmu berkaitan emas dan perak, terlalu banyak info yang saya miliki, teman-teman baru juga pelbagai pertanyaan secara 2 hala. Ilmu yang bermanfaat wajib di kongsikan agar kita bersama mendapat manfaatnya. Semakin banyak pertanyaan juga perkongsian ilmu, pasti menajamkan lagi pengetahuan sedia ada. Apa yang saya dapati kebanyakkan 'New … Continue reading Ilmu Tanpa Sempadan

Falsafah Amalan Wong Jowo

Setiap insan, pasti mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah ini dipegang teguh di dalam perjalanan kehidupan. Saya secara peribadi menyukai falsafah yang baik dan unik dari masyarakat Jawa kerana ianya terkenal dengan makna yang sangat dalam untuk dihayati. Jika diri menyedari, pasti akan kita mampu untuk mendapatkan manfaat yang baik terhadap diri kita. InsyaAllah Antara falsafah … Continue reading Falsafah Amalan Wong Jowo

Anak-Anak Kecil Penghuni Syurga

Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak-anak kecil yang meninggal dunia? Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2 kelompok; Bagi arwah anak-anak dari orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu dan bapa mereka.Kelompok anak-anak orang yang soleh termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah … Continue reading Anak-Anak Kecil Penghuni Syurga

Kenali Kod Barangan Perhiasan

Sebelum membeli emas perhiasan, pastikan anda melihat cop / tanda yang tertera di emas tersebut. Tidak mustahil tanpa kita sedari, emas yang di beli dengan hasrat untuk mendapatkan ketulenan seperti yang di harapkan menjadi sebaliknya serta bakal merugikan anda di masa mendatang. Banyak sekali kod tertentu yang di jual di pasaran semasa antaranya; 999 / … Continue reading Kenali Kod Barangan Perhiasan

Pengemis – Antara Anugerah Allah Buat Kita

"Sememangnya pengemis adalah anugerah Allah kerana, ia mengambil sedikit bahagian duniamu agar kamu mendapat bahagian yang lebih besar di akhirat! Ia menyimpan untukmu sesuatu yang kelak akan kamu temukan di akhirat, di hari ketika kamu sangat memerlukanya." Syeikh Abdul Qadir Al Jilani Bagaimana cara berbuat baik kepada semua orang dan memandangnya dengan kasih sayang, Nabi … Continue reading Pengemis – Antara Anugerah Allah Buat Kita

Bekalan Menuju Akhirat

Manusia bukan pemilik dunia. Apabila tiba masanya, manusia pasti meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat. Malah, Baginda Muhammad SAW pernah bersabda;"Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu seorang manusia yang asing, ataupun kamu sedang dalam perjalanan dan kamu sentiasa merentasi suatu kawasan setempat demi setempat." Wahai Pemilik Hati,Apabila kita berazam bagi membuat sesuatu pekerjaan yang baik … Continue reading Bekalan Menuju Akhirat

Usaid bin Hudhair – Mengundang Malaikat Dengan Kelunakan Bacaan Al-Quran

Usaid bin Hudhair merupakan pembesar Kabilah Aus. Memeluk Islam di tangan utusan Nabi ke Madinah Mus'ab bin Umair, beberapa ketika sebelum peristiwa hijrah. Pengislaman beliau telah menyebabkan ramai anggota kabilah Aus lain mengikut jejaknya. Sejak daripada Mus'ab memperdengarkan al-Quran buat kali pertama kepada beliau, terus hatinya jatuh cinta dengan kitab Allah itu. Beliau sentiasa bersama … Continue reading Usaid bin Hudhair – Mengundang Malaikat Dengan Kelunakan Bacaan Al-Quran

5 Tanda Hati Keras Membatu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata;"Hati adalah raja, … Continue reading 5 Tanda Hati Keras Membatu

Sokongan ‘Buy Muslim Product First’

Apa yang saya lihat melalui kempen 'Buy Muslim First' (BMF) ini, jika dianggarkan hasil keuntungan dengan purata RM10 sehari dengan pembeli yang berjumlah 5 juta orang maka, kekayaan Muslim bertambah RM50 juta sehari dan setahun nilai anggaran nya adalah sebanyak RM18.250 billion. Nilai bayaran zakat perniagaan setidaknya mampu mencapai nilai RM500 juta setahun dan implikasinya … Continue reading Sokongan ‘Buy Muslim Product First’

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman as berlaku satu peristiwa yang mana di suatu hari Baginda melihat seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus? Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut tersebut; “Wahai semut apakah … Continue reading Iman Semut vs Iman Manusia