Beza Khadam dan Qarin

Anda pasti pernah mendengar tentang Khadam dan Qorin. Sebenarnya apa perbezaan dari semua itu?

Khadam diambil dari kata bahasa arab dari kata ‘Khodam’ yang berarti pelayan atau pembantusamada pembantu lelaki mahupun perempuan.

Khadam bagi kalangan paranormal adalah makhluk halus dari jenis jin yang menjadi pembantu manusia. Sementara Qorin adalah teman ghaib dari bangsa jin yang diciptakan oleh Allah untuk menjadi teman kita semenjak bayi.

Qarin ditugaskan untuk menjadi pendamping manusia sehingga manusia itu mati.

Tugas qarin ini adalah mendorong manusia untuk melakukan sesuatu perkara samada perkara tersebut baik atau sebaliknya

Qarin sendiri katanya ada untuk setiap orang, bahkan Nabi Muhammad pun juga memilikinya jika kita merujuk kepada beberapa hadis.

Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda;

“Tidaklah setiap orang daripada kamu itu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah diutuskan bersamanya qarinnya (teman) daripada kalangan jin. Mereka (Sahabat) bertanya: Adakah kamu juga wahai Rasulullah SAW?  Baginda SAW menjawab: Dan aku juga melainkan Allah telah membantuku daripada gangguannya maka aku terselamat dan tidaklah ia (qarin) mendorongku kecuali pada perkara kebaikan.” [Riwayat Muslim (2814)]

Khadam, qorin, rijalul gaib dan jin adalah makhluk halus dari bangsa jin. Mengenai ada yang mengatakan ruh para nabi, rasul, auliya’, dan orang sholeh tetap hidup itu hanya sebatas keyakinan semata kerana tiada yang tahu akan hakikat ruh kecuali Allah Yang Maha Mengetahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s