Salahkah Menyimpan Emas ?

 

Ada yang mengatakan untuk apa menyimpan emas dan mengejar harta dunia. Khabarnya juga insan yang menyimpan emas ini tidak lebih dari sekadar riak malah pintu hatinya tertutup dari matlamat kehidupan sebenar sebelum menemui kembali PenciptaNya.

Maha Suci Allah atas setiap kejadian.

Salahkah kami berusaha menyimpan emas ? Malah, hina sangatkah kami berbanding mereka yang mengagungkan sekeping kertas yang diberikan angka tanpa sebarang nilai hakiki ?

Masih banyak perkara yang perlu kita renungkan dan belajar. Jangan terlalu gopoh dalam menilai sesuatu seperti emas, lalu dikaitkan dengan keduniaan dan sebagainya.

Tahukah anda seorang yang membaca Al-Quran, pasti tahu akan sejarah sebenar matawang dan sedar tipu daya ekonomi semasa akan akhirnya menyimpan Emas !

Kerana itu sering saya tekankan dalam setiap penulisan mahupun ‘Personal Coaching’ sebelum ini mengenai berapa perkara antaranya;

(1) Kaya itu mulia di sisi Islam. Islam tidak pernah menghalang kita menjadi kaya, bahkan disuruh merebut sebanyak mungkin bahagian keduniaan kita di samping berusaha menambah ibadah dan pahala untuk kebahagiaan di akhirat

(2) Emas adalah mawatang sebenar yang bersandarkan mineral ciptaan Allah SWT. Ianya adalah warisan turun temurun sehinggalah manusia mencipta wang kertas yang akhirnya menghapuskan penggunaan emas sebagai Matawang

(3) Kehebatan emas disebut banyak kali dalam Al-Quran bukan saja sebagai sesuatu yang penting di dunia tetapi sebagai perlambangan kehebatan di akhirat. Oleh itu, jangan sempitkan pemikiran kita dengan fahaman yang bukan-bukan

(4) Wang kertas adalah agenda orang bukan Islam untuk melemahkan kekuatan ekonomi orang Islam. Ia dicetak dan dicetak semahunya dan diputuskan sandaran nilainya daripada emas. Orang yang tahu fakta ini sudah pasti akan memilih untuk menyimpan emas sampai bila-bila

(5) Orang Islam hebat disebabkan mereka memilih untuk jadi hebat. Jika emas adalah salah satu lambang kehebatan dari sudut ekonomi, maka orang Islam yang tahu berfikir tidak akan teragak-agak untuk menyimpan Emas demi memperlihatkan kehebatan Islam

(6) Melalui emas mampu menyuburkan rezeki kita, menghapuskan dosa, menambahkan pahala malah meninggikan darjat kita sepenuhnya tatkala penyimpan emas membayar Zakat Emas dengan penuh Keikhlasan

whatsapp-image-2017-09-14-at-12-20-44-pm.jpeg

Jangan hanya tahu memperkatakan tentang kelemahan Islam dan orang Islam dari pelbagai sudut termasuk ekonomi, sedangkan apabila adanya mereka yang mengajak Anda untuk menyimpan emas demi kekuatan ekonomi, dikatakan mereka gilakan dunia seperti Qarun !

Buat yang terbuka minda dan pintu hati ingin memulai menyimpan emas walaupun serendah 0.5gram sekalipun, peluang masih ada dengan harga mampu milik.

Takluki lah sementara ianya masih jinak sebelum ngaumannya membuat kita kecut, pasrah juga kecewa di kemudian hari !

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s