50 Fakta Menarik Mengenai EMAS

Ayuh kita hayati fakta-fakta menarik pengetahuan am mengenai Emas ini :

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian

14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik

15. Emas adalah logam peralihan

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain (Silver & Copper)

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-

* Kekerasan

* Kekuatan

* Sifat kelogaman (metallugical)

* Suhu lebur

* Perubahan warna sesuatu kualiti emas

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-

* Hasilnya adalah logam emas padu

29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau

30. Emas sangat tumpat:-

* 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik

32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya

36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916)

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas

Emas bernilai sepanjang zaman dan bermulalah dengan menyimpan serendah 1Gram EMAS setiap bulan demi mencapai kehidupan yang lebih sempurna di masa mendatang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s