Artikel ini ditujukan khas buat bakal Penyimpan / Pelabur Emas Yang Baru
Bagaimanakah caranya jika seseorang ingin menyimpan Emas sebagai salah satu cara tabungan dan pelaburan demi mengelakkan inflasi, dengan sekadar 1 gram per bulan yang mematuhi Syariah ?
Perlu jelas di sini bahawa tiadanya pelaburan Emas yang menjanjikan profit kerana harga pasaran Emas naik turun bergantung kepada demand and supply, impak dari nilai matawang dan pastinya fundamental effect yang selalunya tidak mampu dielakkan. Yang pasti, ianya kalis inflasi juga penyimpan nilai yang terbaik demi menyelamatkan kekayaan dari sebarang bencana dan kesulitan.
Demi memenuhi maksud ini, terdapatnya TIGA cara utama yang dapat kalian ikuti iaitu:
Pembelian Emas Fizikal secara langsung
- Melalui pengeluar Emas, Kedai-kedai Emas, Bank, Syarikat Emas, Dealer serta orang perseorangan
- Emas yang bertaraf Investment Precious Metals (IPM) dan mempunyai pengiktirafan LBMA dikecualikan daripada GST
- Tidak digalakkan pembelian melalui perkhidmatan courier / pos kerana risiko kehilangan adalah tinggi bahkan menyalahi peraturan pos sebenarnya
- Pastikan Emas yang dibeli itu dijual pada harga yang setimpal dengan kualiti dan ketulenannya, mudah untuk jualan balik, mempunyai Spread terendah juga mudah untuk di pajak di Ar-Rahnu berdekatan tanpa sebarang urusan yang cerewet
Akaun Pelaburan (Simpanan) Emas
- Kuwait Finance House (KFH) menawarkan akaun pelaburan berasaskan Emas 100% patuh Syariah. Emas yang ditawarkan ialah Au 995 24K. Untuk belian pertama semasa membuka akaun disyaratkan pembelian minumum 10gram, dan belian seterusnya 1gram. KFH jyga menawarkan pilihan untuk mengambil Emas fizikal atau disimpan di bank menggunakan Kontrak Qard (pinjaman). Apa yang menarik, belian juga boleh dibuat secara online melalui perbankan Internet (antara 9.30 hingga 4.30 ptg sahaja). Bagi jualan balik, wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan
- Al-Rajhi Bank juga menawarkan akaun pelaburan berasaskan Emas patuh Syariah (Emas PAMP Suisse), tapi jumlah belian minimum ialah 5gram
- Public Gold International pula menawarkan Akaun Gold Accumulation Program (GAP) yang mana ianya merupakan akaun simpanan Emas yang boleh di beli samada secara online atau offline. Emas yang dibeli bersandarkan kepada Emas Fizikal yang mana kalian boleh menjualkannya atau menuntut fizikalnya pada bila-bila masa di setiap cawangan yang terdekat. Disarankan agar membeli dalam kiraan per gram
Pembelian Barangan Kemas
- Kelebihan buat Permaisuri Hati untuk memakainya pada bila-bila masa serta mudah dicagarkan di Al-Rahnu sekiranya memerlukan wang segera sewaktu terdesak. Namun, harga jualan adalah sangat tinggi malah mempunyai spread yang amat tinggi juga sewaktu jualan balik
Walaupun apa pilihan di hati, waspada lah selalu. Pastikan kalian elakkan perkara-perkara di bawah ini sekiranya ada sesiapa yang menawarkannya dengan umpan yang manis :
- Tiadanya Emas Fizikal sama sekali
- Menjanjikan Hibah tanpa sebarang pemberian Fizikal
- Dikenakan bayaran untuk Yuran Keahlian kononnya demi mendapatkan harga belian produk Emas dengan harga murah serta menawarkan bonus berganda apabila mendapatkan ahli tambahan di bawahnya
- Mendapat Emas Fizikal apabila bayaran telah dilaksanakan namun ianya perlu diserahkan untuk mendapatkan keuntungan secara bulanan
- Pelaburan Emas yang menawarkan keuntungan
- Pelaburan Scam yang terdapat dalam senarai Alert List Bank Negara Malaysia
- Pembelian produk Emas yang bukannya bertaraf Investment Precious Metals (IPM) dan mempunyai pengiktirafan LBMA kerana harga yang ditawarkan tanpanya menyebabkan kita membeli dengan harga tinggi
Perkara ini juga amat penting diketahui oleh bakal penyimpan Emas bagi mengelakkan daripada terjebak dalam risiko belian Emas yang berasaskan kepada Scam yang akhirnya menyebabkan diri terjerumus dalam gaung kerugian tanpa di sedari. Justeru itu, research adalah amat diperlukan sebelum wang bertukar tangan.