Salam Perantauan

Pagi di bumi Saudi Arabia …. 😊

Jika dahulu sepanjang saya bertugas selalunya mata tidak berpisah dengan pemandangan lautan nan luas yang mendamaikan jiwa namun kini, hanya padang pasir yang tandus sebagai peneman yang setia.

Perasaan bingung dan menyesakkan pasti lahir dalam diri ketika di awalan dahulu dan tidak sesekali saya menafikannya.

Disebalik semua itu, Subhanallah, terlalu banyak peristiwa yang saya anggap ianya unik dan istimewa kerana ianya benar-benar menyentuh dan adakalanya menyentap hati yang yang selama ini barangkali ‘keras’ terhadap setiap ciptaan mahupun kepada empunya ciptaan itu yakni dia Yang Maha Esa.

Benar,
Bukannya mudah untuk setiap perkara mampu diuruskan tatkala diri di perantauan kini. Jika diri menyelami akan betapa berlikunya perjalanan Baginda Rasullulah SAW dahulu demi kebaikan umatnya, apalah mampu untuk di bandingkan betapa besarnya pengorbanan Baginda di tanah Arab yang lalu.

Selawat dan salam buatmu Ya Rasulullah !

Alhamdulillah,
Kini menuju tahun ke-6 saya bertugas di Saudi bumi bertuah. Perjuangan masih di teruskan selagi terdaya atas izin-Nya. Segala kesulitan yang di tempoh pasti akan ada jalan penyelesaian nya.

Allah As-Sami’ yang Maha Mendengar segala keluhan hambaNya dan Allah Al-Wakil yang Maha Memelihara dan Maha Menguruskan hambaNya. Maka, kepadaNya jualah diri ini berserah.

Doakan saya agar segala urusan dipermudahkan Allah untuk hari ini dan bersama kita berdoa;

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mujib,
Jadikan lah aku penjemput rezeki mu yang paling bahagia hari ini. Allahumma Ameen

Abu Adam
Mihwaz Field – Saudi Arabia

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s