Gold Price Averaging Technique / Teknik Pemurataan Harga Emas

Harga emas turun, apa perlu kita lakukan sebagai penyimpan emas?

Sebenarnya, penurunan harga emas adalah suatu bonus bagi para penyimpan emas. Semakin turun maka kami rasa semakin seronok untuk menambahkan kuantiti sedia ada.

Teknik Pemurataan harga dalam emas yang dikenali sebagai “Gold Price Averaging Technique” ialah satu teknik asas yang digunakan untuk meminimumkan kos belian emas per gram dan menggandakan keuntungan jangkamasa panjang.

Teknik ini hanya terpakai buat penyimpan emas sedia ada yang ingin menambahkan kuantiti emas dan bukannya mereka yang ingin menjual semula untuk mendapatkan hasilnya!

Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dan berhati bahagia dengan harga emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (averaging technique) ini. Harga emas naik mereka seronok, harga turun malah bertambah seronok!

Kita mengetahui bahawa keuntungan emas mengambil waktu yang panjang dan hasilnya sangat memberangsangkan. Dan jangka waktu pendek pula harganya ada pasang surutnya tergantung kepada keadaan semasa dunia yang melanda. Jujurnya, tiada siapa yang menjangka dengan tepat akan pergerakan harga emas di hari mendatang.

Namun, bagaimana teknik pemurataan ini dapat membantu kita?

Senarai penuh harga Uncang Emas KABGold bagi Tahun 2022

Jadual di atas menunjukkan senarai harga emas yang lengkap bagi akaun Uncang Emas KABGold untuk tahun 2022 yang lalu sebagai rujukan.

Jika merujuk kepada Harga Tertinggi setiap bulan;

Jan 2022 – RM273
Feb 2022 – RM286
Mar 2022 – RM302
April 2022 – RM296
May 2022 – RM284
June 2022 – RM284
July 2022 – RM278
Aug 2022 – RM278
September 2022 – RM271
October 2022 – RM278
November 2022 – RM289
December 2022 – RM281

Maka, jika anda membeli 1gram emas setiap bulan dengan menggunakan nilai tertinggi; jumlah keseluruhan modal yang telah anda keluarkan adalah;

Jumlah Keseluruhan – RM3,400
Purata / Average – RM3,400/12 = RM283.33 per gram

Oleh itu, tidak mengira pergerakan harga emas meningkat atau turun, anda seharusnya konsisten membeli setiap bulan agar teknik ini dapat menguntungkan anda dari segi mengurangkan jumlah modal yang dikeluarkan sewaktu anda membeli emas pada harga yang tinggi di bulan-bulan sebelum ini.

Beli 1gram emas setiap bulan secara konsisten jauh lebih baik dari beli 10gram emas hanya sekali dan terus berhenti!

Antara Kelebihan Membeli Emas Secara Konsisten

  • Menjadi simpanan secara paksa. Simpanan yang berkesan perlu dipaksa, terutamanya tatkala mendapat wang gajian. Paksa diri dengan membeli setidaknya 1gram per bulan dan selebihnya terpulanglah kepada anda hendak simpan di mana.
  • Dijadikan simpanan yang akan dilupakan. Simpan emas tidak seperti menyimpan duit. Kita tidak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (kerana NOMBOR telahpun hilang berganti GRAM), bahkan kita akan merasa ingin mengumpul lagi dan lagi. Menjadi keseronokkan kita dengan emas adalah pada saat mengumpulnya. Sedar-sedar, dalam masa setahun kita sudahpun mempunyai 12 gram. Maka benarlah bahawa Emas itu adalah ‘Magnet Kekayaan’.
  • Penyimpan Emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dengan harga Emas atas sebab mereka telahpun memuratakan kos (Averaging Technique).

Memang inilah salah satu cara saya memaksakan diri menyimpan emas. Apabila terima sahaja wang gajian setiap bulan, 10% darinya adalah wajib bagi saya mengubahkannya kepada emas. Begitulah juga tatkala mempunyai wang lebihan pasti tangan terasa gatal dan hati mula gelisah akan kilauan ‘Sang Emas’ yang ingin terus ditakluki.

Yakinlah akan kuasa ‘Sang Emas’. Takluki lah sementara ianya masih ‘Jinak’ sebelum ngaumannya membuat kita kecut, pasrah juga kecewa di kemudian hari!

Buat yang berhajat untuk memulakan langkah pertama menjadi Penyimpan Emas bersama KAB Gold, anda boleh ‘Register’ secara PERCUMA di link; https://bit.ly/KABGoldSelangor

Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Group Manager – KAB00004188
Knowledge | Asset | Bullion

http://www.wasap.my/60193456033

One thought on “Gold Price Averaging Technique / Teknik Pemurataan Harga Emas

Leave a comment