Kos untuk menunaikan Umrah pasca Covid hari ini bermula RM6,900 (anggaran 6 Dinar Emas) untuk tempoh 12 hari 10 malam dan bergantung kepada pakej yang di pilih, harganya boleh meningkat sehingga RM10,000 (anggaran 9 Dinar Emas).
Mahal?
Ya, harganya semakin meningkat berbanding sebelum pandemik dahulu atas faktor penambahan kos bagi mematuhi SOP dan persyaratan yang ditetapkan oleh pemerintah Arab Saudi.
Seperti yang kita maklum, sudah 2 kali musim Haji tertunda buat Saudara kita yang berangkat dari Malaysia. Ini secara tidak langsung membuatkan giliran kita juga tertunda pada masa yang sama melainkan kita mengikuti pakej khas dengan bayaran tambahan atau memang sudah masa dipermudahkan Allah untuk menjadi Tetamu istimewaNya di sana.
Maka, sementara kita mempunyai masa dan wang ringgit, pertimbangkan untuk membuat ibadah Umrah terlebih dahulu.
Sebagai Pembimbing Emas anda, ingin sekali saya kongsikan caranya bagaimana untuk anda selamatkan wang ringgit anda demi mendapatkan sekeping 10 Dinar Emas yang beranggaran kurang lebih RM11,500 ketika ini untuk menunaikan ibadah Umrah.

1 Dinar = 4.25 gram
10 Dinar = 42.5 gram
Harga emas 1 gram hari ini (12 Nov 2021) = RM274

Dengan anggapan harga emas tidak berubah, anda boleh memilih mana-mana kaedah simpanan di bawah ini mengikut budget anda;
- RM70, simpan 0.25 gram (RM68.50), buat 170 kali
- RM150, simpan 0.5 gram (RM137), buat 85 kali
- RM200, simpan 0.75 gram (RM205.50), buat 57 kali
- RM300, simpan 1 gram (RM274), buat 43 kali
- RM600, simpan 1/2 Dinar (RM582.25), buat 20 kali
- RM1200, simpan 1 Dinar (1164.50), buat 10 kali
- RM12k, bayar pakej umrah RM10k, baki RM2k, simpan emas untuk kegunaan masa mendatang
Jika menyimpan setiap bulan, bayangkan berapa cepat kita boleh menunaikan ibadah Umrah?
Kenapa perlu menyimpan emas? Simpan duit kan boleh?
Pengalaman peribadi saya;
- Emosi Kita Dengan Duit = Berbelanja mengikut kemahuan, MANAKALA
- Emosi Kita Dengan Emas = Sayang dan dan pasti akan terus menyimpan
Adanya emas di tangan, pasti anda berduit. Bezanya duit itu terkawal dari bahana keborosan diri sendiri.
Jika sekarang anda telah mempunyai sekeping 10 Dinar Emas, apa yang perlu anda lakukan?
Anda boleh memilih;
- Kalau memang tujuan simpanan untuk mengerjakan umrah, anda jual sepenuhnya. Boleh jadi masa jual itu nanti, ada lebihan wang jika emas naik harga. Maka, wang lebihan itu boleh anda gunakan untuk;
- Upgrade pakej Umrah anda
- Dijadikan sebagai wang perbelanjaan persediaan atau setelah anda berada di tanah suci
- Beli emas lagi dan simpan untuk kegunaan masa mendatang
- Pajak (Arrahnu) iaitu meminjam wang bersandarkan emas. Anda perlu plan sebaik mungkin untuk bayar balik dan tebus 10 Dinar Emas itu tadi. Umrah dapat, emas pun masih ada. Jika tiada plan atau tidak mampu untuk menebus kembali, maka gunakan kaedah No 1 di atas.
Sekarang anda mengerti?
Lebih mudahkan simpan emas apabila anda mempunyai matlamat? Tetapkan matlamat itu dengan azam yang kuat melalui;
- Beli
- Simpan
- Lupakan
- Konsisten
Tahukah anda kos menunaikan haji dan umrah itu sebenarnya lebih murah dengan menggunakan simpanan emas berbanding wang kertas? Saya pernah menulis artikel berkaitan Perancangan Menunaikan Haji Melalui Emas Fizikal sebelum ini.
Ingin bermula sebagai penyimpan emas dengan pembelian serendah 0.25 gram melalui Akaun Uncang Emas beranggaran antara RM65 – RM70 (pada waktu artikel ini ditulis)? Sungguh, harganya sangat mampu milik dan tiada lagi alasan untuk kita bermula.
Ingat emas, segalanya di Kab Gold. Jangan terus menunggu…. 😊
Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Group Manager – KAB00004188
https://kabgold.my/introducer/KAB4188
https://www.facebook.com/KABGoldSelangor