Assalam teman-teman Teratak Emas sekalian ?? Doa dan harapan agar kalian dirahmati Yang Maha Esa walau di mana kalian berada.
Sebagai pengetahuan, nilai pertukaran pasaran duit syiling berasaskan daripada nilai sejarah dan/atau nilai Intrinsik bahan-bahan logamnya (umpamanya, Emas atau Perak).
Bagaimanapun pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan duit syiling diperbuat daripada logam asas dan nilainya sendiri ditarafkan sebagai wang fiat. Ini bermakna, nilai duit syiling diputuskan oleh perintah kerajaan dan bukannya daripada persetujuan orang ramai.
Oleh sebab itu, duit syiling kini lebih merupai ‘Token’ berbanding duit syiling yang sebenar … !!!
Bagi membezakan duit syiling daripada token yang digunakan sebagai wang, cendekiawan wang telah mentakrifkan tiga kriteria menentukan objek sebagai ‘Duit Syiling Yang Sebenar’ iaitu:
- Daripada bahan-bahan yang bernilai dan didagangkan pada harga yang berdekatan nilai pasaran bahan-bahan tersebut
- Mempunyai berat dan ketulenan yang piawai
- Harus ditandai untuk mengenalpastikan pihak yang menjamin kandungannya
Sebelum Emas digunakan sebagai muamalat sekitar 6000 tahun yang lalu pada Zaman Pemerintahan Mesir Purba:
✔ Setiap Emas yang diketemui wajib diserahkan kepada Raja dan tidak sesekali kepada penggunaan awam
✔ Emas dianggap sebagai Airmata Tuhan
✔ Hanya digunakan sebagai aktiviti keagamaan dan perhiasan di raja
Siapakah yang mula-mula sekali menerbitkan syiling emas?
Ia adalah Croesus iaitu Maharaja Lydia yang pertama menerbitkan Syiling Emas pada 2400 tahun yang lalu ( Rujuk Artikel: http://oldestcoins.reidgold.com/article.html )
Lydia (Bahasa Assyria: Luddu; Bahasa Yunani: Λυδία) adalah sebuah kerajaan pada Zaman Besi di barat Asia kecil terletak di timur Ionia Purba yang kini berada di dalam wilayah Manias’ dan Izmir, Turki.
Apa yang istimewanya mengenai syiling-syiling ini ialah, ianya mempunyai berat dan nilai yang sama di antara satu sama lain. Wang ini juga ditandai dengan mohor diraja.
Sesetengah orang mengatakan lagenda Raja Midas dan sentuhan Emasnya sebenarnya adalah Croesus.
Duit syiling yang sebenar juga diperkembangkan pada zaman yang amat berhampiran di India serta China selepas itu.
Tidak dinafikan Emas sangat2 bernilai buat sepanjang zaman, bertindak sebagai Insuran Kekayaan juga kalis inflasi.
Bayangkan jika kita mempunyai Wang Fiat seusia 2400 tahun … agak2nya mampu kah ianya bertahan dari segi fizikal juga kuasa beliannya ??
Tepuk dada tanya selera … !!!
Mulakan langkah pertama kalian menyimpan Aset mampu milik ini walaupun hanya #1gram per bulan … In Shaa Allah di suatu masa akan kalian lihat keupayaan yang sangat hebat darinya.