Hadith Dhaif Paling Popular Mengenai Simpanan Emas

photo_2016-05-11_14-04-18

Assalam teman-teman Teratak Emas sekalian. Sedikit perkongsian agar bersama mendapat manfaat darinya.

Secara jujur, terdapat ramai orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadith2 Baginda Rasulullah SAW yang mana tidak mengikuti disiplin yang sepatutnya.

Hadith menyimpan Emas ini sangat2 popular di blog juga media sosial yang selainnya yang mana, ianya kepunyaan setiap Peniaga Emas dan Perak yang tidak sesekali kita ketemui di seluruh tanahair.

Sedikit sebanyak maklumat yang saya kumpulkan dapat dikongsikan bersama Teman2 sekalian. In Shaa Allah

***************************************************
Cerita ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.”

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

****************************************************
Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin Ilmu Hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih / hasan. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

Wujud pihak yang menggunakan hadis ini untuk melariskan jualan Emas dan Perak dengan memberitahu Rasulullah SAW menyuruh kita menyimpan Dinar dan Dirham. Sedangkan ada ayat Quran dan hadis lain yang lebih kuat autoritinya yang menyebut sebaliknya. Antaranya:

“Dan (ingatlah) orang -orang yang menyimpan emas dan perak (duit) serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (at-Taubah: 34)

“Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.”

(Hadis status Hasan direkodkan oleh Imam Ahmad, Imam Tarmizi, Imam Abu Daud & Imam Ibnu Majah).

Justeru itu, tiada salahnya menyimpan logam mulia ini kerana hukumnya ‘Harus’ ….. yang tidak menyimpan pun bukannya menjadi suatu kesalahan.

Namun, menyimpan Emas ini tetap terbaik berbanding Wang Fiat yang hanyalah sekeping kertas tercetak yang mudah untuk dimanupulasikan serta terdedah dengan kehakisan kuasa beli atas faktor inflasi.

Isu yang saya ketengahkan di sini ialah ‘Kewajaran’ penjual Emas menggunakan hadis ini sewenang2nya tanpa menyatakan status sah demi melariskan jualan atas dasar agama.

Pada saya, sekiranya kita ingin menggunakannya, seseorang penjual itu harus menyatakan bahawa Hadis yang digunakan ini berbentuk Dhaif kepada bakal pembeli / prospect supaya mereka tahu bahawa ianya tidak boleh dijadikan hujah.

Seperkara lagi, walaupun ianya hadis dhaif (selagi BUKAN hadis tersangat dhaif atau hadis MAUDHU’ – palsu), ianya tetap hadis cuma, sanad dan perawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih.

Secara peribadi dan ikhlas saya memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya selama ini tidak sesekali menyatakan status hadis tersebut secara terbuka di laman sosial Teratak Emas. Semoga hidup kita dilimpahi kasih dan rahmat dari yang Maha Esa serta terus terpelihara dari sebarang keraguan.

Allahumma Ameen

 

Advertisement

2 thoughts on “Hadith Dhaif Paling Popular Mengenai Simpanan Emas

  1. terima kasih bg pencerahan….dh lama saya cari hadis ttg emas..sbb skrg ni byk sgt citer pasal nabi suruh simpan emas…ada ustz pun ckp yg sama…lebih baik solawat byk2 dihujung zaman kannn

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s