Perancangan Menunaikan Haji Melalui Emas Fizikal

Tahukah anda bahawa kos menunaikan Haji semakin murah saban tahun?

Menjadi impian setiap umat Muhammad SAW menyempurnakan Rukun Islam ke-5 bagi menunaikan ibadah Haji di Mekah di suatu masa nanti. Walaupun hanya kepada mereka yang berkemampuan, jika tiadanya usaha bermula sekarang, bagaimana untuk kita merealisasikan impian?

Yang penting, jangan sesekali putus usaha, doa dan tawakkal …. 

Sedikit tips juga perbandingan kadar Dinar Emas vs kos menunaikan ibadah Haji yang diperlukan berdasarkan kepada tahun 2002 ~ 2019 buat mereka yang bersungguh-sungguh mencapai hasrat.


1 Dinar Emas keluaran KAB Gold

Dan ini adalah mengapa saya mengatakan bahawa kos menunaikan Ibadah Haji semakin murah;

TAHUN 2002

  • 1 Dinar Emas = RM 140
  • Kos Haji = 65 keping Dinar Emas x RM 140
  • Jumlah = RM9,100

TAHUN 2009

  • 1 Dinar Emas = RM 502
  • Kos Haji = 18 keping Dinar Emas x RM 502
  • Jumlah = RM 9,036

TAHUN 2010

  • 1 Dinar Emas = RM 595
  • Kos Haji = 17 keping Dinar Emas x RM 595
  • Jumlah = RM 10,115

TAHUN 2016

  • 1 Dinar Emas = RM 800
  • Kos Haji = 13 keping Dinar Emas x RM 800
  • Jumlah = RM 10,400 ( harga haji terkini RM 9,980)

TAHUN 2017

  • 1 Dinar Emas = RM 830
  • Kos Haji = 12 keping Dinar Emas x RM 830
  • Jumlah = RM 9,960 ( harga haji terkini RM 9,980)

TAHUN 2019

  • 1 Dinar Emas = RM 900
  • Kos Haji = 11 keping Dinar Emas x RM 900
  • Jumlah = RM 9,900 ( harga haji terkini RM 9,980)

Dikongsikan 2 kaedah pembelian terbaik demi merealisasikan impian anda sekalian iaitu;

  • Buat yang mempunyai wang lebihan, anda perlu membeli sekeping 1 Dinar Emas secara konsisten atau lebih mengikut kemampuan anda
  • Atau pilihan terbaik yang mempunyai budget yang kecil melalui akaun Uncang Emas yang mana secara berdikit akan pasti juga anda mencapai impian

Akaun Uncang Emas yang ditawarkan oleh KAB Gold boleh anda beli secara online sahaja setiap bulan dengan serendah 0.25 gram. Emas yang telah di beli tersebut boleh dikeluarkan fizikalnya pada bila-bila masa (jika perlu).

Alhamdulillah, kaedah simpanan ini telahpun disahkan mematuhi syariah melalui Penasihat Syariah KAB Gold sepenuhnya.



Bagi sesiapa yang ingin membuat simpanan demi menunaikan ibadah Haji, simpanan dalam bentuk emas jauh lebih baik berbanding tunai di bank. Berdasarkan fakta yang telah saya maklumkan di atas, melalui emas, anda mampu ke sana dengan kadar segera.

Pada waktu yang sama, saya syorkan agar anda meletakkan target simpanan 60 gram emas sebagai dana Haji anda bermula sekarang.

Bagaimana dengan caranya?

  • Simpan 1 gram per bulan selama 5 tahun secara konsisten

Jika fakta menunjukkan kos Haji semakin murah kalau dibayar dengan emas, maka saya percaya, nilai 60 gram emas itu sudah cukup buat anda setelah 5 tahun berikutnya.

Namun, jika tempoh giliran anda masih panjang, maka teruskan usaha menyimpan 1 gram emas setiap bulan tanpa henti sebagai dana Haji anda kerana jika nilai semasanya mencukupi, anda kini boleh menunaikan Haji melalui pakej premium yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji yang mana, tempoh yang tidak perlu menunggu terlalu lama.

Semoga anda mendapat sesuatu melalui perkongsian ilmu ini. Sematkan di dalam hati anda, biar usaha menggapai bintang, jika kemampuan hanya sekadar terhenti di bulan, itu sudah menjadi pencapaian terbaik. Persoalannya, sudahkah anda memulakan langkah pertama sebagai penyimpan emas?

Yuhailmy Jamil (Abu Adam)
KAB Gold Manager – KAB00004188

https://kabgold.my/introducer/KAB4188
https://www.facebook.com/KABGoldSelangor

Advertisement

One thought on “Perancangan Menunaikan Haji Melalui Emas Fizikal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s