Pengalaman Berharga – Barge Operation (Offshore)

Dunia Oil and Gas ini sangat mencabar emosi, fizikal dan minda. Berdasarkan kepada sepanjang pengalaman peribadi saya, tugasan di 'Offshore' jauh lebih sukar berbanding di 'Onshore'. Sehingga artikel ini di tulis, saya telah telah merasai pengalaman hampir 13 tahun bertugas di 'offshore' yang meliputi negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang mana banyak waktu … Continue reading Pengalaman Berharga – Barge Operation (Offshore)

Melangkahlah Dan Jangan Sesekali Mengalah !

Dikisahkan ada seorang yang kaya bertanya pada seorang miskin; "Jika aku boleh tunaikan satu permintaan untukmu, apa yang ingin kamu minta?" Jawabnya:"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku seorang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan." "Kamu pernah berniaga?", tanya si kaya. "Tidak pernah tetapi aku ingin mencuba untuk mengubah nasibku", orang … Continue reading Melangkahlah Dan Jangan Sesekali Mengalah !

Sang Rembulan

Laksana rembulan yang ada waktu sinarnya tertutup awan dan kadangkala terkena gerhana. Namun pada akhirnya ia kembali bersinar. Begitu pula kehidupan yang sementara ini kadang datang ujian bahkan bencana. Namun percayalah pada akhirnya kebahagiaan itu pasti kembali bercahaya. Jangan pernah berputus asa atas segala kejadian yang menimpa, gerhana rembulan telah mengajari kita bahawa tiada yang … Continue reading Sang Rembulan

Kisah Ahli Maksiat Yang Membenci Maksiat, Menyintai Para Soleh Dan Mengharapkan Rahmat Allah

Di kisahkan terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa ‘alaihissalam yang telah meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah Subhanahu Wa Taala kemudiannya memberikan wahyu kepada Nabi Musa ‘alaihissalam; “Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orang … Continue reading Kisah Ahli Maksiat Yang Membenci Maksiat, Menyintai Para Soleh Dan Mengharapkan Rahmat Allah

Yang Di Junjung Teguh

"..... dan dijunjung orang melayu itu hanya ada tiga perkaranya iaitu Al-Quran, keris, tanjak ... maruah maruah maruah ...." (Laksamana Hang Tuah) Al-Quran - Melambangkan Agama IslamKeris - Melambangkan BangsaTanjak - Melambangkan tanah yang dipijak iaitu Tanah Melayu. Memakai tanjak adalah bermaksud mengaku Tanah Melayu merupakan tempat asal usul orang melayu. Maka sesiapa menghina pemakai … Continue reading Yang Di Junjung Teguh

Karamah Melayu

Bangsa Melayu pernah digentar,Ular, harimau ditepuk tampar,Kerisnya bisa silatnya gempar,Amuk Melayu bumi bergegar.Bangsa Melayu pernah gagah,Berkaki ayam hutan diredah,Pernah cuba diganyang penjajah,Umat Melayu jihad sabilillah.Bangsa Melayu pernah berdaulat,Seantero dunia kesultanan hebat,Tujuh penjajah cuba menempat,Dengan kudrat semua dihambat.Bangsa Melayu bangsa keramat,Nabi (SAW) pernah beramanat,Buat dakwah di bumi berkat,Di akhir masa akan ramainya wali hebat.Bangsa Melayu terasnya hikmat,Sejarah Melayu … Continue reading Karamah Melayu

Al Kisah – Zun Nun Al Misri Dengan Pemuda

Dalam khazanah kisah-kisah Sufi ada diceritakan tentang seorang pemuda yang begitu lantang mencemuh tokoh sufi Zun Nun Al Misri dan tarikatnya. Setelah pemuda itu puas memperlihatkan kebenciannya, Al Misri mencabut cincin dari jarinya dan berkata; "Bawalah cincin ini ke pasar dan gadaikanlah dengan harga satu dinar sahaja" Pemuda itu hairan, namun cincin itu diterimanya jua … Continue reading Al Kisah – Zun Nun Al Misri Dengan Pemuda

Hikmah di Setiap Percubaan

Saudaraku yang bahagia, Jika sebiji telur itu dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir. Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru yang akan lahir ! Yakinlah akan kemampuan diri. Segala-galanya bermula dalam dirimu sendiri. Dirimu adalah insan luarbiasa dan sangat diyakini sebagai makhluk ciptaan Ilahi yang … Continue reading Hikmah di Setiap Percubaan