Hikmah di Setiap Percubaan

Saudaraku yang bahagia,

Jika sebiji telur itu dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir. Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru yang akan lahir !

Yakinlah akan kemampuan diri. Segala-galanya bermula dalam dirimu sendiri. Dirimu adalah insan luarbiasa dan sangat diyakini sebagai makhluk ciptaan Ilahi yang terhebat.

Tuhan Yang Maha Esa tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru dan cerah, bunga selalu mekar mewangi malah Sang Matahari yang selalu bersinar saban waktu.

Tetapi ketahuilah bahawa Yang Maha Pengasih selalu memberikan hikmah di setiap ujian ke atas makhluknya.

Jangan terus menyerah kalah dan ingatlah bahawa jawapan yang dicari itu ada di dalam setiap doamu. Usaha dan mintalah dariNya.

  • Jika hidup itu perjalanan maka nikmatilah
  • Jika hidup adalah tentangan maka hadapilah
  • Jika hidup adalah anugerah maka terimalah
  • Jika hidup adalah tugas maka selesaikanlah
  • Jika hidup adalah cita-cita maka capailah
  • Jika hidup adalah peluang maka ambillah

Sematkan ke dalam hatimu !

  • Satu hal yang membuat kita bahagia adalah cinta Allah
  • Satu hal yang membuat kita hancur adalah putus asa
  • Satu hal yang membuat kita maju adalah ikhtiar
  • Satu hal yang membuat kita kuat adalah doa

Semoga kita semua terus dalam rahmat serta perlindungan Tuhan Yang Maha Memberi Kesejahteraan (As-Salam).


Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s