Atas nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan segala puji hanya buat-Nya Al-Azhiim.
Salam buatmu Sahabatku Yang Bahagia.
Masih saya ingat sekitar tahun 2014 yang mana ketika itu Allah gerakkan hati untuk ke Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY Alkitab) di mukim Beranang ini bertemu dengan para insan istimewa pilihan Allah.
Maha Suci Allah,
Tenang dan damai sekali hati tatkala diri berada di sana. Seolah-olah dipayungi dari segenap penjuru. Itulah rahmat dan kasih Allah buat Hamba-Nya.
Seperti sabda Baginda Rasulullah;
“Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Rasul menjawab, “Para ahli Al Quran. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya.” (HR. Ahmad)
Sungguh beruntung bagi mereka yang telah dijadikan keluarga oleh Allah SWT di bumi. Di mana setiap tindakannya akan mendapatkan keberkahan, setiap langkahnya akan selalu diberi ketenangan, bahagia walaupun sedang dalam keadaan sulit dan juga selalu diberi kelazatan dalam beribadah.
Masya Allah, itu baru sebahagian kecil kenikmatan yang mereka dapatkan di dunia, tidak lagi terhitung banyaknya di akhirat nanti.

Kini, STAY Alkitab di dalam fasa pembangunan madrasah yang baru. Namun, setidaknya pihak kami masih mencari 50,000 dermawan yang bermurah hati mewakafkan sedikit dari hartanya dengan hanya RM10 sahaja agar fasa pertama kami dalam usaha membina bangunan 3 tingkat untuk asrama pelajar (masih dalam pembinaan) dapat dijayakan sepenuhnya.
Yakinlah, anda tidak akan sesekali rugi kerana janji Allah itu Maha Benar bahawa akan pasti di gandakan lagi setiap sumbangan itu jika ianya ikhlas keranaNya.
Segala perkembangan dalam usaha mendirikan madrasah yang baru ini saya abadikan di album khas yang boleh anda dapatkan ‘Di Sini‘.

Sedekah Penyubur Rezeki dan Keberkatan
Buat Anda yang dimuliakan Allah, ayuh bersama saya merealisasikan misi pembangunan anak-anak yatim STAY Alkitab ini. Sumbangan Anda amat bermakna buat mereka. Para dermawan boleh menyampaikan sumbangan wang derma, zakat, dan sedekah melalui pelbagai bentuk yang dihajati.
Pembayaran melalui bank boleh anda laksanakan melalui akaun Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab seperti di bawah;
Al Kitab Management (Sedeqah)
Maybank Islamic : 5625 2612 6782
Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab (Wakaf)
Maybank Islamic : 5625 2650 8931
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
SEKOLAH TAHFIZ ANAK YATIM AL KITAB (STAY AL KITAB)
(Di bawah pengurusan AL KITAB MANAGEMENT)
Belakang Pejabat Pos Beranang
Lot 417 Kampung Paya
43700 Beranang,
Selangor Darul Ehsan
Mobile No: 017-672 7584 (Ustaz Asmadi) / 012-290 7895 (Puan Yatie Aziz)


Alhamdulillah, pada masa yang sama, Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab ( Stay Alkitab ), Beranang kini telahpun dilantik sebagai Penolong Amil bertauliah bagi pihak Lembaga Zakat Selangor.
Kepada orang ramai yang ingin membayar zakat, anda dialu-alukan untuk membayar zakat anda secara terus melalui sekolah kami.

Doakan agar pembinaan fasa pertama ini mengikut jadual seperti mana yang telah dirancangkan sebelum ini. Mohon para Sahabat dan Keluarga juga setidaknya kongsikan informasi ini seikhlas mungkin. InsyaAllah
Sahabatku yang mulia, Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW. Tiba di sebuah tanah lapang di Madinah yang terlihat Bukit Uhud, Rasulullah SAW bersabda;
“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkahi; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkahi. (Jika tidak diberkahi, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).” [Hadis Riwayat Muslim]
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah laksana sungai yang mengalir deras di atas tangan kami dan bukannya di hati kami agar dapat untuk kami membawanya ke jalan-Mu. Allahumma Ameen
Melihat berdirinya kompleks madrasah berlandaskan kepada plan pembangunan di suatu masa nanti adalah antara ‘Impian Utama’ saya sebelum mata terpejam buat selamanya.
Anda mampu membuatkan saya tersenyum ‘Bangga’ jika bersama membantu untuk merealisasikan impian indah ini nanti. Subhanallah, saya yakin dengan impian murni, pasti Baginda Rasulullah tersenyum di sana. Doakan saya.
Sang Pemimpi – Yuhailmy Jamil (Abu Adam)


One thought on “Kisah Sebuah Impian”