Debaran Menanti Titian Sirat

Allahu,Dikhabarkan bahawa Titian Siratul Mustaqim itu sangatlah gelap. Pernah suatu ketika Sahabat bertanya kepada Baginda Rasulullah; "Bagaimana untuk kita melintasinya kerana kegelapan itu?" Baginda Rasulullah menjawab;"Dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang atau malap cahaya tersebut, bergantung kepada amalan kita semasa di dunia. Setelah melalui saat-saat mendebarkan ketika berada di Padang Mahsyar, diadili dan … Continue reading Debaran Menanti Titian Sirat

Fakir Miskin

Kenapa kita perlu bersedekah kepada fakir miskin? Ianya adalah kerana;Allah ingin menunjukkan kepada kita bahawa fakir miskin itu sebenarnya adalah diri kita sendiri. Yakni, Fakir dengan ilmu dan Miskin dengan amalan. Apabila kita bersedekah, sebenarnya pemberian itu adalah untuk diri kita sendiri agar dapat membantu kita di akhirat kelak. Wallahu a'lam

Siti Khadijah – Wanita Yang Begitu Istimewa

Dua pertiga (2/3) wilayah Makkah adalah milik Siti Khadijah, isteri pertama Rasulullah SAW. Ia wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan kelimpahan harta kekayaan. Namun ketika wafat, tidak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di saat menjelang ajal adalah tersangat usang dengan 83 tampalan. “Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba” Bisik Khadijah … Continue reading Siti Khadijah – Wanita Yang Begitu Istimewa

Wang Gajian Yang Tidak Pernah Mencukupi

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham tetapi ianya sentiasa tidak pernah mencukupi untuknya. Lalu Imam Syafie menyuruh lelaki itu untuk menemui majikannya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu terkedu dengan saranan yang diberi … Continue reading Wang Gajian Yang Tidak Pernah Mencukupi

Jadual Amalan Kehidupan Seharian

Berdoa, berzikir, dan permohonan sesuatu hajat merupakan amalan mulia yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Ketiga-tiga faktor ini dapat merapatkan diri seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT. Ia juga merupakan pelindung diri serta perawat jiwa bagi setiap umat Islam. Perbuatan ini juga adalah antara cara untuk mengucapkan syukur kepadaNya atas segala kenikmatan … Continue reading Jadual Amalan Kehidupan Seharian

Di Sebalik Ketidaktahuan

Jujur, kita tiada siapa yang tahu segala yang berlaku itu menjadi tercela atau kerugian di kemudian hari. Bahkan, boleh jadi ianya suatu keberuntungan yang membawa kenikmatan hidup. Ketidaktahuan seharusnya membuat kita terus bergerak di dalam lingkaran kebaikan dan menyedarkan bahawa kita adalah seorang hamba yang sangat bergantung kepada-Nya. Saudaraku yang mulia, Nabi Nuh tidak tahu … Continue reading Di Sebalik Ketidaktahuan

Bahtera Penyelamat

Saudaraku yang mulia, Pada hari ini terlalu banyak fitnah yang berlaku sehinggakan amat sukar sekali untuk kita menghadapinya. Baginda Rasulullah SAW bersabda;"Fitnah akan datang umpama kepingan kegelapan malam" [HR Muslim] "Kegelapan Malam" yang disebut di dalam hadith ini adalah gambaran betapa banyaknya fitnah yang menyelubungi umat islam di akhir zaman. Yang menakutkan kita terhadap fitnah … Continue reading Bahtera Penyelamat