Buta Selain Allah

“Setelah engkau mengenali Allah dengan perkenalan yang hakiki tiada lagi kerugian dan keuntungan bagimu, bahkan engkau adalah KehendakNya”

“Pandanglah kepada orang yang lebih susah hidupnya daripadamu, nescaya engkau akan menjadi seorang yg sentiasa bersyukur dan redha kepadaNya”

“Kekhusyukkan dan kelazatan di dalam solatmu itu akan dapat dirasai setelah engkau benar-benar berhubungan mesra dengan Allah”

“Jikalau engkau benar-benar hamba tiada pilihanmu dalam KehendakNya, maka engkau diam dengan DzatNya”

“Allah memberi rahmat dan kurniaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa syarat dan sebab musabab”

“Orang yg telah memasuki Wilayah Ketuhanan tidak memandang selainNya”

“Tujuan daripada semua ibadat dan ketaatan itu adalah hidupnya hatimu bersama Tuhanmu, iaitu lah amal yang sebenar”

“Alam ini ialah tempat pengzahiran Tuhan”

“Melihat diri dalam kebaikan adalah hijab cahaya, melihat diri dalam keburukan adalah hijab kegelapan, maka keluarlah engkau daripada hijab cahaya dan kegelapan itu menuju kepada Tuhan Yang Maha Esa”

“Janganlah engkau melihat dosa dan kelalaian mereka, pandanglah rahmat dan keampunanNya atas mereka itu”

“Gugurkanlah tilikmu kepada dirimu dan makhluk, maka tiada di dalam dunia ini dan akhirat melainkan Allah”

“Siapa yang tidak mengenal Tuhannya, maka ia buta di dunia dan di akhirat, dan siapa yang tidak mengenal Dirinya maka ia akan terpedaya!”

“Puji Qadim bagi Qadim, Dia memuji DiriNya Sendiri. Apabila engkau melihat seseorang memuji dirinya sebenarnya Allah memuji DiriNya Sendiri, tajali DiriNya, manusia itu rahsia Allah”

“Ya Allah! Aku bertaubat kepadaMu daripada memandang selainMu….”

“Ya Allah! Aku tetap menyembahMu walaupun dihalau ke neraka, aku menyembahMu bukan kerana neraka dan syurgaMu, aku menyembahMu kerana cintaMu dan KeEsaanMu….”

“Bersyukurlah kepadaKU diatas keinginanmu yg bersamaan dengan KehendakKU, dan bersyukurlah di atas segala-gala KehendakKU ke atasmu”

“Putuskanlah hatimu daripada harap dan pergantungan kepada selainKU, dan berhadaplah kepada DiriKU semata-mata”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s