Wahai empunya diri, engkau bukan berurusan dengan dunia, akan tetapi engkau berurusan dengan "Peta Dunia" yang ada di dalam fikiranmu! Wahai empunya diri, tujuan hidup itu bagaikan sebuah peta. Yang akan memberikan petunjuk kepada dirimu agar engkau tidak salah menuju ke koordinat yang asal. Menggapai tujuan itu sama seperti halnya ketika engkau mencari sebuah alamat. … Continue reading Peta Kehidupan Seorang Manusia
Day: July 17, 2020
Kenapa Banyak Yang Berzikir Tetapi Membuatkan Dia Semakin Dekat Dengan Syaitan?
Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali);“Syeikh, bukankah zikir membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?" “Benar,” Jawab Imam al-Ghazali. “Namun, kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir semakin dekat pula dia dengan syaitan atau kesyaitanan?” Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab:“Bagaimana pendapatmu, jika ada … Continue reading Kenapa Banyak Yang Berzikir Tetapi Membuatkan Dia Semakin Dekat Dengan Syaitan?
Kiasan Melalui Telur Ayam
Seorang pemuda Arab bertanya kepada seorang Ulama yang memberikan kuliahnya di Mekah iaitu mengapa Allah menjadikan orang-orang yang menentang agama seperti Firaun, Qarun, Hamman, Namrud, dan lain-lain? Katanya, adalah lebih baik orang seperti ini tidak perlu diciptakan oleh Allah, supaya para Nabi ini senang, dan usaha agama ini dipermudahkan. Mengapa perlu diciptakan penentang-penentang seperti mereka … Continue reading Kiasan Melalui Telur Ayam
Doa Pendek Yang Sangat Hebat
Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Baginda Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata;"Ya Rasulullah, ajarkanlah aku doa," Nabi (ﷺ) lalu berkata;"Wahai bapa saudara ku, bacalah; أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة Allahumma inni as aluka al-'afiyah.(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah). Apa yang dimaksudkan dengan 'Afiyah? 'Afiyah bermaksud untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang … Continue reading Doa Pendek Yang Sangat Hebat
Nafsumu Itu Berhala Dalam Dirimu
Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis! Iblis dan tenteranya melalui syaitan jin dan syaitan manusia hanya memperalatkan hawa nafsu untuk menguasaimu. Maka janganlah tertipu. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan bermalas-malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparkanmu … Continue reading Nafsumu Itu Berhala Dalam Dirimu