Bertaubat Dan Mengulangi Dosa

Solat-Taubat

Assalam dan Salam Sejahtera buat sahabatku yang mulia

Ramai insan bertaubat, tetapi mengulangi dosa yang sama hingga akhirnya insan tersebut merasa lelah untuk bertaubat, kerana beranggapan taubatnya itu sia-sia.

Boleh jadi hadis di bawah akan menjawab persoalan yang sering menghantui diri kita.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berdosa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku.

ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, Hadis No: 6976]

Al-Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata:

وَأَنَّهُ لَوْ تَكَرَّرَ الذَّنْبُ مِائَةَ مَرَّةٍ أَوْ أَلْفَ مَرَّةٍ أَوْ أَكْثَرَ ، وَتَابَ فِي كُلِّ مَرَّةٍ ، قُبِلَتْ تَوْبَتُهُ ، وَسَقَطَتْ ذُنُوبُهُ ، .

Seandainya seseorang mengulangi dosanya sebanyak seratus kali, atau seribu kali atau lebih daripada itu, lalu dia bertaubat untuk setiap kali dosa itu dilakukan, maka taubatnya diterima, diampuni dosa-dosanya.

وَلَوْ تَابَ عَنِ الْجَمِيعِ تَوْبَةً وَاحِدَةً بَعْدَ جَمِيعِهَا صَحَّتْ تَوْبَتُهُ

Seandainya dia bertaubat daripada semua dosanya dengan satu taubat. Maka sahlah taubatnya.

قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ لِلَّذِي تَكَرَّرَ ذَنْبُهُ : ( اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ ) مَعْنَاهُ : مَا دُمْتَ تُذْنِبُ ثُمَّ تَتُوبُ غَفَرْتُ لَكَ

Firman Allah kepada orang yang mengulangi dosa: (Lakukanlah apa yang engkau kehendaki, sesungguhnya aku telah mengampuni engkau) bermaksud: Selagi mana engkau berdosa dan bertaubat, aku akan mengampuni engkau.

Tetapi timbul persoalan, bukankah Al-Imam An-Nawawi sendiri menyenaraikan dalam Riadussolihin dalam bab taubat, 3 syarat untuk taubat diterima iaitu:

  1. Meninggalkan maksiat itu
  2. Menyesal kerana melakukan maksiat itu
  3. Berazam untuk tidak mengulanginya

Perlu kita bezakan manusia yang berazam meninggalkan maksiat, tetapi selepas bertaubat, dia terjerumus ke dalam maksiat, dengan manusia kedua yang ketika melafazkan taubat, sudah terniat dihatinya selepas ini aku akan ulangi maksiat ini.

Manusia yang pertama In Shaa Allah, taubatnya diterima, sedangkan manusia yang kedua hakikatnya belum lagi bertaubat kerana bertaubat itu mesti disertai azam meninggalkan maksiat dan tidak mahu mengulanginya.

cara-bertaubat-kepada-Allah

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari menukilkan kalam Al-Imam Al-Qurthubi berkaitan hal ini:

يَدُلُّ هَذَا الْحَدِيثُ عَلَى عَظِيمِ فَائِدَةِ الِاسْتِغْفَارِ وَعَلَى عَظِيمِ فَضْلِ اللَّهِ وَسَعَةِ رَحْمَتِهِ وَحِلْمِهِ وَكَرَمِهِ ؛ لَكِنَّ هَذَا الِاسْتِغْفَارُ هُوَ الَّذِي ثَبَتَ مَعْنَاهُ فِي الْقَلْبِ مُقَارِنًا لِلِّسَانِ لِيَنْحَلَّ بِهِ عَقْدُ الْإِصْرَارِ وَيَحْصُلَ مَعَهُ النَّدَمُ فَهُوَ تَرْجَمَةٌ لِلتَّوْبَةِ

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar yang mana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat.

Kata beliau lagi:

وَمَعْنَاهُ الَّذِي يَتَكَرَّرُ مِنْهُ الذَّنْبُ وَالتَّوْبَةُ فَكُلَّمَا وَقَعَ فِي الذَّنْبِ عَادَ إِلَى التَّوْبَةِ لَا مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ بِلِسَانِهِ وَقَلْبُهُ مُصِرٌّ عَلَى تِلْكَ الْمَعْصِيَةِ

Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat. Setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lisannya memohon keampunan Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.

bqf5g6tcaaa64yu-e1505201519770.png

Pintu taubat sentiasa terbuka seluas-luasnya untuk orang yang ingin bertaubat dan menginsafi segala perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Allah SWT akan mengampunkan hambaNya selagi hambaNya percaya bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Baginda Rasullullah SAW bersabda;

“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT”

Cara Mudah Melaksanakan Solat Taubat

Cara solat taubat sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa sahaja dengan memberi salam di setiap dua rakaat. Adalah disarankan solat sunat taubat dilakukan pada waktu tengah malam atau sepertiga malam ketika suasananya lebih sunyi dan tenang.

 

(1) Lafaz Niat:

Solat Taubat | TEGUH

“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”

(2) Bacaan Ketika Solat:

Pada Rakaat Pertama — Baca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun

Solat Taubat | TEGUH

Pada Rakaat Kedua — Baca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat Taubat | TEGUH

Banyakkan berdoa setiap kali anda bersujud.

“Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah do’a ketika itu.” (HR. Muslim No. 482, dari Abu Hurairah)

(3) Bertasbih:

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, sebelum tahiyat akhir, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Solat Taubat | TEGUH

“Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim”

(4) Memberi Salam

(4) Beristighfar:

Bacalah istighfar di bawah ini sebanyak 10 atau 100 kali

Solat Taubat | TEGUH

“Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.”

Bacalah istighfar Tauhid di bawah ini sebanyak 10 atau 100 kali

Solat Taubat | TEGUH

“Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.”

Bacalah Penghulu istighfar sebanyak 3 kali

 Solat Taubat | TEGUH

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. ”

(6) Membaca Doa Taubat:

Baca doa memohon keampunan dari Allah SWT, berdoalah dengan bersungguh-sungguh untuk meminta diberi keampunan sepenuhnya oleh Allah SWT terhadap segala dosa yang telah kita lakukan. Berdoalah dengan menaruh seluruh harapan kita di dalam taubat ini. Berdoa agar kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam melakukan ibadah kita dan jangan mengulangi dosa lampau. Allahumma Ameen

215624_209828582379414_100000568221470_777640_5881546_n

Masih belum terlambat dan bertaubatlah. Allah Maha Mengetahui isi hati kita, usaha taubat kita dan tangisan hati kita yang sedih kerana mengulangi dosa yang sudah diusahakan untuk ditinggalkan. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Kasih sayangnya tetap subur ke atas setiap makhluk ciptaanNya. 

 

Leave a comment