Wang Gajian Yang Tidak Pernah Mencukupi

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham tetapi ianya sentiasa tidak pernah mencukupi untuknya.

Lalu Imam Syafie menyuruh lelaki itu untuk menemui majikannya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu terkedu dengan saranan yang diberi oleh Imam Syafie, namun beliau tetap pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksudnya dari suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa waktu lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang hal yang sama. Dia masih merasa tidak cukup dengan gajinya itu.

Lalu Imam Syafie sekali lagi memerintahkannya untuk kembali menemui majikannya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham.

Lelaki itu berfikir kalau 4 dirham pun tidak mencukupi apatah lagi 3 dirham?

Namun kerana Imam Syafie itu adalah orang yang arif dan alim, maka lelaki itu hanya menurut perintah dan pergi menemui majikannya untuk meminta dikurangkan lagi gajinya dari 4 dirham ke 3 dirham.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lebih lapang dan mudah .

Lalu lelaki itu berkata;

“Wahai imam yang dimuliakan Allah , mengapakah perkara ini sedemikian rupa? Mengapa apabila gajiku banyak tetapi aku tetap saja tidak cukup dan ajaibnya, setelah gaji aku dikurangkan aku merasa cukup?”

Ketahuilah, Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta dan rezeki yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah syair;

“Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak lalu, yang haram itupun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.”

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar apabila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar walhal kerja yang kita lakukan itu tidak bersesuaian atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Apabila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuatkan kita susah sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tetapi setiap hari bergaduh dengan isteri, anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan barangkali juga teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.

Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya memikirkan dunia dan dunia, harta dan harta. Akhirnya duit gaji setiap bulan habis begitu sahaja dengan berbagai perkara yang perlu dibayar. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan Alhamdulillah setiap waktu.

Ketahuilah wahai saudaraku sekalian , kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan di dalam kehidupan.

Apabila mempersoalkan jumlah yang banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur maka, tiadalah keberkatan dari Allah di dalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia di atas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahupun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya;

“Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)

Keberkatan Ilahi itu terletak di atas rasa keredhaan hamba Allah ke atas apa sahaja bentuk mahupun jumlah kurniaanNya.

Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang agung;

“Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri” (Surah Ali-Imran : Ayat 102)

Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada harta semata-mata tetapi ia turut meliputi kesihatan ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.

Apabila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak langsung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri.

Banyak tidak semestinya cukup malah kurang tidak bermakna tidak cukup. Biar sedikit asalkan berkat daripada banyak tetapi hidup melarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s