Jadual Amalan Kehidupan Seharian

Berdoa, berzikir, dan permohonan sesuatu hajat merupakan amalan mulia yang perlu ada dalam diri setiap muslim. Ketiga-tiga faktor ini dapat merapatkan diri seseorang hamba itu dengan Penciptanya iaitu Allah SWT.

Ia juga merupakan pelindung diri serta perawat jiwa bagi setiap umat Islam. Perbuatan ini juga adalah antara cara untuk mengucapkan syukur kepadaNya atas segala kenikmatan yang dilimpahkan.

Antara amalan seharian yang boleh kita laksanakan seperti mana yang telah di susun oleh Tuan Guru Haji Ismail Kamus juga tambahan dari perkongsian guru saya sebelum ini;

Sebelum Subuh

  • Bangun 1/3 Malam Terakhir, Mandi dan Wudhu
  • Solat Sunat Wuduk
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Tahajjud (8 Rakaat)
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir (3 Rakaat)
  • Istighfar (100 kali)
  • Tahlil (100 kali)
  • Tasbih (100 kali)
  • Membaca Doa Nabi Yunus (40 kali)

Subuh

  • Solat Sunat Fajar
  • Solat Subuh
  • Membaca Surah Yasin selepas Subuh

Pagi

  • Solat Sunat Dhuha (6 Rakaat)
  • Membaca Surah Ar-Rahman

Zuhur

  • Solat Sunat Qabliah
  • Solat Zuhur
  • Solat Sunat Badiah

Asar

  • Solat Sunat Qabliah
  • Solat Asar

Maghrib

  • Solat Sunat Qabliah
  • Solat Maghrib
  • Solat Sunat Badiah
  • Mengikuti Majlis Ilmu (sekiranya tidak, solat sunat dan membaca Al Quran)

Isya’

  • Solat Sunat Qabliah
  • Solat fardu Isya’
  • Solat Sunat Badiah

Sebelum Tidur

Membaca Surah;

  • Al-Mulk
  • Sajjadah
  • Al-Waqiah

Amalan Tambahan Harian

  • Bersedekah setiap hari walaupun sedikit
  • Basmallah (786 kali)
  • Bismillah 5
  • Selawat Fateh
  • Surah At Taubah Ayat 128 – 129
  • Surah Al Ikhlas
  • Berzikir
  • Ayat Kursi

“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat”

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi, Allah akan sibukkan kita dengan urusan;

  • Dunia
  • Anak-anak
  • Perniagaan
  • Harta
  • Mencari pengaruh pangkat dan kuasa

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita barangkali cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi kedudukan, harta, ilmu dan sebagainya. Namun mengapa kita tidak pernah ada rasa cemburu melihat orang lain yang berlumba-lumba menabung bekalan sebagai persediaan sebelum menuju ke alam sana?

Peringatan buat diriku,

Tatkala ruh di cabut dari tubuhmu, itu bukanlah pengakhiran buat selama-lamanya tetapi, ianya adalah permulaan kisah bagi penghidupan yang abadi. Jika usahamu selama ini di dunia mendapat redha Allah, maka beruntunglah dirimu di ‘sana’.

Jika sebaliknya, maka celaka lah dirimu !

Sungguh, mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka Allah itu benar. Maka bersiap sedialah Wahai Diriku.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran. Allahumma Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s