Bahtera Penyelamat

Saudaraku yang mulia,

Pada hari ini terlalu banyak fitnah yang berlaku sehinggakan amat sukar sekali untuk kita menghadapinya.

Baginda Rasulullah SAW bersabda;
“Fitnah akan datang umpama kepingan kegelapan malam” [HR Muslim]

Kegelapan Malam” yang disebut di dalam hadith ini adalah gambaran betapa banyaknya fitnah yang menyelubungi umat islam di akhir zaman.

Yang menakutkan kita terhadap fitnah ini adalah apabila ia berlaku, pasti akan menggoncangkan iman sebahagian umat islam sehingga menyebabkan ada yang beriman di waktu pagi hari, kemudian menjadi kafir di petang hari, ataupun beriman di petang hari, kemudian menjadi kafir di pagi hari. Wal’iyyazubillah (dan semoga Allah jauhkan daripadanya).

Dan berlaku juga yang berpunca daripada finah ini adalah seseorang yang menjual agamanya demi kepentingan dunia. Wal’iyyazubillah (dan semoga Allah jauhkan daripadanya).

Jika hari ini kita tidak diazab oleh Allah dengan berlakunya banjir besar seperti yang berlaku ke atas Nabi Nuh a.s dan kaumnya, tetapi kita diazab oleh Allah dengan kebanjiran fitnah yang sangat dahsyat sehingga amat payah sekali untuk kita membezakan mana yang benar mana yang salah.

Nah !!

Nabi Nuh a.s dan sebahagian kaumnya telah diselamatkan oleh Allah dalam sebuah bahtera yang sangat besar, tetapi bagaimana dengan kita? Apakah adanya bahtera yang boleh menyelamatkan kita daripada kebanjiran fitnah yang sangat dahsyat ini?

Ya !!

Sudah pastilah Allah telah menyediakan “BahteraNya” untuk menyelamatkan kita daripada banjir fitnah yang merosakkan kehidupan serta keimanan kita pada hari ini.

“Bahtera” yang akan menyelamatkan kita adalah “Bahtera Al Quran dan As Sunnah“. Naikilah “Bahtera” ini, nescaya kita tidak akan tenggelam dan lemas di dalam lautan fitnah selama lamanya.

Bagaimana ingin menaiki “Bahtera” ini?

Untuk menaiki “Bahtera” ini, hendaklah kita berdampingan dengan Al Quran dan As Sunnah seakrab mungkin.

Bacalah Al-Quran, fahami isi kandungannya dan amalkan isi yang diajarkan sebaiknya. Carilah guru untuk belajar dan memahami isi kandungan Al Quran. Budayakan pula kehidupan yang dipandu Al Quran. Ajarkan pada diri, pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat.

Sebegitu juga dengan As Sunnah. Amalkan sebanyak dan sebaik mungkin sunnah sunnah Baginda Nabi SAW dalam kehidupan kita seharian. Budayakan sunnah dalam kehidupan kita biarpun ianya susah sekali kerana terlalu besar godaan fitnah. Dan ajarkan juga kepada pasangan, anak anak, ahli keluarga dan masyarakat.

Naikilah “Bahtera Al Quran dan As Sunnah” ini dan jangan sekali kali ditentang dan jangan sekali kali dipinggirkan semasa kita masih bernafas ini. Jika tidak, kelak kita akan menyesal yang berpanjangan serta tidak berkesudahan.

Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang Agung;

Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya. (Surah Al-Kahfi : Ayat 27)

Ikutilah petunjuk Tuhan, maka kita akan terselamat dari segala macam fitnah pada hari ini.

Sifirnya mudah, apakah kita ingin selamat? Jika ya, maka masuklah ke dalam “Bahtera Al Quran dan As Sunnah”.

Tetapi, jika tidak mahu masuk bahkan ditentang akan “Bahtera” ini, maka jangan dipersalahkan lagi orang orang yang telah datang memberi peringatan.

Amalan yang dicatat malaikat akan dipertontonkan dan dihisab oleh Allah SWT. Jangan nanti di akhirat kita menyesal terhadap sekecil-kecil dosa. Hendaklah sentiasa beringat dalam setiap tindakan kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan terhadap semua yang dilakukan.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s