Saudaraku Yang Mulia,
Sebuah kepastian yang di tentukan oleh Allah bahwasanya setiap yang bernyawa pasti akan mati tidak terkecuali haiwan, tumbuh-tumbuhan, malaikat, jin dan sekalian anak cucu Adam.
Khusnul khotimah juga merupakan suatu kondisi yang mana seorang hamba diberi taufiq oleh Allah Taala sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala macam perbuatan yang boleh jadi mendatangkan kemurkaan Allah Taala dan ia diberi taufik oleh Allah taala untuk bertaubat dari segala dosa dan maksiat dan bersegera melakukan ketaatan dan perbuatan baik, kemudian dia menutup usianya di atas kebaikan.
Secara garis besar, khusnul khotimah memiliki dua tanda, iaitu;
- Tanda yang dapat disaksikan langsung oleh si mayat
Adapun tanda-tanda khusnul khotimah yang dapat disaksikan oleh si mayat adalah suatu khabar gembira yang diberikan kepadanya tatkala kematian mendatanginya dan khabar gembira tersebut berupa keredhaan Allah Taala kepadanya
- Tanda yang dapat disaksikan oleh manusia
Maha Benar Allah di atas firman-Nya yang Agung;
“Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu? Mereka menjawab: Kebaikan orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(QS. An-Nahl 16: Ayat 30)
“(Untuk mereka) Syurga-syurga Adn , yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa,” (QS. An-Nahl 16: Ayat 31)
“(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.” (QS. An-Nahl 16: Ayat 32)
Khusnul khotimah dan su’ul khotimah merupakan perkara yang sangat penting kerana ia dapat menjadi tanda ukuran kebahagiaan atau kesengsaraan seseorang.
Ia juga merupakan cermin dari amal perbuatan seseorang ketika berada di masa-masa lapang, sihat dan sejahtera.
Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Matikan aku di dalam khusnul khotimah, ampunilah setiap dosa-dosaku baik yang kecil mahupun yang besar sebelum nafasku terhenti dan tetapkan aku di dalam agamaMu Yang Benar sebelum mataku terpejam buat selama-lamanya. Allahumma Ameen