Kaedah Mengundang Rezeki

Ramai di antara anda mungkin pernah merasai kesulitan dari segi kewangan dalam hidupnya. Selain dari usaha yang bersungguh-sungguh, ada beberapa amalan yang boleh kita lakukan agar kita dimurahkan rezeki oleh Allah SWT antaranya;

  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberikan sumbangan nasi bungkus untuk orang miskin
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Muhammad SAW
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada sesiapa saja
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang-orang yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit !
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat keuntungan hasil jualannya 100% disedekahkan
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya Maha Kaya
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan kepada orang lain. Setiap titik keringatnya penuh pahala
  • Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjemaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi dia solat dhuha dan berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya
  • Ada yang mengundang rezeki setiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen

Semat dalam diri anda bahawa Allah Maha Kaya, hanya kita yang miskin meminta darinya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s