Amalan Sebelum Tidur

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah tidur sebelum mencium puterinya Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu isterinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah?

Rasulullah menjawab; ‘Setiap aku rindu syurga aku mendapatkan semerbak bau harum syurga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya dan ingin tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun.

Kata Rasulullah; ‘Jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda; ‘Puteriku Fatimah, jangan engkau tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Jangan engkau tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Jangan engkau tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai puteriku Fatimah, jangan engkau tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Sungguh, itu suatu permintaan yang sangat sulit semua.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah solat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai solat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata; ‘Ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda; ‘Bukan begitu wahai puteriku;

Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dihitung seperti khatam Al-Quran. Berselawatlah kepadaku dan seluruh para nabi dan nanti kami semua akan memberi syafaat. Doakan kaum mukminin-mukminat supaya mereka rela kepadamu. Bacalah Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada puterinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan juga kepada anak-anak kita. InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s