Doa Pendek Yang Sangat Hebat

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Baginda Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata;
“Ya Rasulullah, ajarkanlah aku doa,”

Nabi (ﷺ) lalu berkata;
“Wahai bapa saudara ku, bacalah;

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

Allahumma inni as aluka al-‘afiyah.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU ‘afiyah).

Apa yang dimaksudkan dengan ‘Afiyah?

‘Afiyah bermaksud untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa.

Tahukah Anda bahawa untuk;

  • Menjadi sihat, kita perlu berada di dalam ‘afiyah
  • Mempunyai wang yang cukup, kita haruslah berada di dalam ‘afiyah
  • Terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam ‘afiyah
  • Mahukan anak-anak kita di lindungi, kita perlu berada di dalam ‘afiyah
  • Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah

Jadi, pada asasnya ‘Afiyah itu bermaksud;
“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan”. [Ini termasuk untuk di dunia dan di akhirat]

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Baginda (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata;

“Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar.”

Nabi (ﷺ) lalu berkata;
“Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk ‘Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yang lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah satu doa yang mudah namun terbaik.”

Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdoa.

“Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yang berat.”

Dan semua ini termasuk di dalam doa “Allahumma inni as aluka al-‘afiyah (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata;
“Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.”

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Dengan lafaz سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib,
Jadikanlah kami menjadi sebaik-baiknya Hamba-Mu dan jauhkan kami dari kelalaian, kekufuran, kefakiran serta melakukan sebarang kemaksiatan. Allahumma Ameen.

Dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan dan kesabaran.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s