Kiasan Melalui Telur Ayam

Seorang pemuda Arab bertanya kepada seorang Ulama yang memberikan kuliahnya di Mekah iaitu mengapa Allah menjadikan orang-orang yang menentang agama seperti Firaun, Qarun, Hamman, Namrud, dan lain-lain? Katanya, adalah lebih baik orang seperti ini tidak perlu diciptakan oleh Allah, supaya para Nabi ini senang, dan usaha agama ini dipermudahkan. Mengapa perlu diciptakan penentang-penentang seperti mereka itu.

Lalu Ulama ini bertanya;
“Wahai saudara, adakah saudara mengetahui tentang telur ayam?”

Lalu pemuda Arab tadi menjawab;
“Ya, saya tahu telur ayam.”

Ulama ini bertanya lagi;
“Kalau telur ayam itu dipecahkan, ia terdiri daripada apa?”

Dan beliau terus menerangkan bahawa telur ayam itu terdiri daripada kulit telur, putih telur, dan kuning telur. Kalau telur ayam itu menetas yang menjadi anak ayam itu adalah dari kuning telur dan putih telur. Kulit telur tidak akan menjadi anak ayam.

Jika telur tadi dimakan, maksudnya digoreng, itupun yang dimakan oleh manusia hanya kuning telur dan putih telur, tetapi kulit telur tidak dimakan. Jadi kulit telur ini tidak boleh jadi anak ayam dan tidak boleh pula untuk dimakan.

Kalau kita bertanya kepada Allah buat apa kulit telur itu diciptakan, sudahlah tidak boleh dimakan dan tidak pula boleh jadi anak ayam. Tentu jawapannya ialah, telur tidak akan jadi anak ayam kalau tidak ada kulitnya. Dan telur tidak akan boleh dimakan kalau keluar daripada perut ibu ayam tanpa kulitnya, tidak ada manusia yang akan memakannya. Ini kerana isi telur tadi keluar tanpa kulit telur, sehingga menjadi najis. Jadi putih telur dan kuning telur ini akan bermanfaat jika ada kulit telur.

Begitu pula orang-orang yang berbuat salah kepada kita, yang menguji, atau para penentang agama, mereka seperti kulit telur di atas telur

Untuk menetaskan orang menjadi penyabar, menjadi pemaaf, menjadi beriman, adalah kerana adanya orang-orang yang menentang kepada usaha agama.

Jadi sebenarnya di sini orang alim beritahu, yang turut memuliakan Nabi Musa a.s pada pandangan Allah ialah kerana disebabkan adanya tentangan daripada Firaun. Yang turut memuliakan Rasullullah s.a.w di sisi Allah ialah kerana penentangan daripada Abu Jahal, Abu Lahab, dan lain-lain.

Penentangan adalah hikmah. Sabar, redha dan teruskanlah perjuangan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu.

Wallahu’alam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s