Suatu ketika saya menghubungi sahabat lama yang sering bersama bertugas di beberapa lokasi baik dalam dan luar negara di dalam industri Oil and Gas sebelum ini dan dari hasil perbualan, saya amat ‘teruja” atas semangat dan keyakinannya untuk memulakan langkah pertamanya secara serius dalam Industri penternakan kambing di Malaysia Timur.
Sejujurnya ia adalah suatu perancangan hebat yang harus dipuji memandangkan peluang besar terbentang di hadapan mata.
Secara peribadi, Saya juga pernah menyimpan hasrat yang sama tetapi kekangan masa dan persediaan tempat memberikan sedikit kesukaran buat masa ini. Tidak mustahil ianya mampu direalisasikan di suatu hari dan doakan saya agar dipermudahkan Yang Maha Esa.
Apa yang mampu saya lakukan, saya menyimpan Dinar Emas sebagai pengganti kerana seekor kambing juga mempunyai nilai yang hampir sama dengan sekeping Dinar Emas ini.
Tahukah Anda ketika zaman Rasulullah SAW melebihi 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 Dinar Emas?
Ianya berdasarkan kepada kisah di bawah ini yang juga merupakan salah satu penyebab yang amat kuat meresap dalam diri saya sewaktu permulaan langkah pertama menyimpan Emas sejak tahun 2012 yang lalu.
Sangat terbukti bahawa Emas sangat bernilai buat sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran kekayaan juga penyimpan nilai yang terbaik !
Dinar merujuk kepada Syiling Emas seberat 4.25 gram
Kisah Kambing Dan Dinar
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud;
(Pada suatu hari) Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu Dinar dan berkata:
“Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu Dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di Perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu Dinar. Kemudian aku berjumpa Rasullullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu Dinar lalu aku berkata
” Wahai Rasulullah, inilah Dinar dan kambing milikmu.” Rasulullah bertanya:
” Bagaimana kamu melakukannya?” Akupun menceritakankepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata:
“Ya Allah, berkatilah Perniagaannya.”
Biarpun kemampuan hanya sekecil cuma jika terus berusaha menyimpan secara konsisten, In Shaa Allah di suatu masa nanti ianya menggunung juga akhirnya.
3 thoughts on “Sang Kambing dan Dinar Emas”