Sebagai bakal atau penyimpan emas sedia ada, anda pastinya mementingkan keuntungan yang maksimum dalam jangkamasa yang kalian tetapkan bukan?
Persoalannya, emas jenis apa yang terbaik untuk dijadikan sandaran ??
Buat saya secara peribadi semestinya emas pelaburan keluaran Public Gold samada Gold Bar ataupun Dinar Emas kerana;
- Spread nya hanya 5% ~ 9% berbanding emas perhiasan yang mempunyai kadar spread antara 25% ~ 40%
- Emas pelaburan tidak mempunyai kos upah tukang / workamnship. Hanya premium fees serendah RM10 dikenakan bagi setiap produk tergantung kepada berat emas dan kuantitinya. Manakala emas perhiasan ada masanya kos upah tukang ini menjangkau antara RM100 sehingga RM200
- Merupakan emas padu Au 999.9 yang pastinya mempunyai kandungan emas murni manakala emas perhiasan Au 916
- Ianya diiktirafkan sebagai emas pelaburan yang mendapat pengiktirafan LBMA bertaraf dunia juga bebas GST berbanding emas perhiasan yang pastinya kalian dikenakan cukai ini. Namun, jangan terpengaruh dengan janji manis kebanyakkan kedai jualan Emas perhiasan yang mengatakan produk mereka itu bebas GST kerana berkemungkinan kos GST telah diserapkan melalui workmanship atau spread jualan balik nanti
- Ianya disimpan oleh lelaki dan wanita berbanding emas perhiasan yang majoriti kaum hawa sahaja yang menggunakannya
- Sangat cantik dan mempunyai elegan tertentu pada pandangan semua pihak berbanding emas perhiasan yang hanya menarik perasaan wanita yang teruja dengan rekabentuknya
- Kini mudah dipajak di mana-,ama Ar-Rahnu atas sebab kepentingan menyimpan Aset Pelaburan ini dan pastinya nilai pajakan lebih tinggi berbanding emas perhiasan
- Kurangnya risiko bahaya kehilangan kerana tidak dinampak orang dan hanya penyimpan emas itu sendiri yang menyimpannya samada di bank atau Safe Deposit Box swasta berbanding emas perhiasan yang terang-terangan dilihat semua mata yang memandang
Secara jujur saya tidak sesekali menafikan kebaikan juga kepentingan emas perhiasan ini cuma, pada pandangan saya yang maha dhaif ini, tidak salah anda mula beralih untuk menyimpan emas pelaburan pula sebagai medium pelaburan yang baru setelah memiliki emas perhiasan di tangan demi menggandakan keuntungan di masa hadapan.