Tidak dinafikan harga emas dan perak berubah setiap masa kecuali dagangan antarabangsa ditutup pada hujung minggu.
Penurunan harga tidaklah boleh dianggap sebagai risiko besar kerana logam mulia ini merupakan pelaburan bersifat jangkamasa panjang yang mana ianya penyimpan nilai terbaik.
Manakala wang fiat setinggi mana angka yang tersimpan pasti akan dimamah inflasi yang mencengkam. Itu belum lagi dikira kehilangan akibat manipulasi kewangan serta nafsu berbelanja yang tidak terkawal.
Perumpamaan sebagai panduan anda sekalian;
- 1Dirham = Seekor Ayam
- 1Gram = Sekaki Tanah
- 1Dinar = Seekor Kambing
- 10Dinar = Umrah Selesa di Tanah Suci
- 1000Gram = Sebuah Rumah Sederhana (Bukan di Kawasan Bandar)
Teringat 3 peristiwa di bawah ini yang secara langsung menyedarkan saya;
- Pernah diriwayatkan ‘Seekor Kambing‘ pada zaman Baginda Rasullullah bernilai 1 Dinar Emas dan kini harganya masih di lingkungan nilai yang sama walaupun telah melebihi 1400 tahun yang lalu
- Sebuah kereta Myvi lebih 10 tahun yang lalu bernilai RM40K dan harganya turut sama jika membeli sekilo Emas. Tanpa disangka, harga emas kini mencecah hampir kepada RM300 ribu
- Teringat kisah 100 keping Dinar oleh salah seorang Mentor saya iaitu Tuan Syukor Hashim, seorang Hamba Allah telah membeli dan menyimpan 1Dinar sehingga keseluruhannya berjumlah 100 keping. Hasilnya, beliau mencairkan kesemuanya dengan menukarkan kepada aset kekal berupa sekeping tanah.
Kerana itu dikatakan emas dan perak adalah harta mampu milik yang sangat mudah dicairkan serta penyimpan nilai terbaik.
Justeru itu, jangan sesekali merasa malu walaupun kemampuan hanya dengan 1gram per bulan bagi setiap seisi keluarga kerana, insan yang bergaji besar sekalipun belum tentu mempunyai emas fizikal dalam simpanan hatta serendah 0.5gram ….. 😊