Prinsip Mudah

MYR ⬇️ = Harga Emas ⬆️

Matawang adalah dibawah penguasaan pemerintah, sebaliknya emas bebas berdiri sendiri dan mengekalkan nilainya.

Secara peribadi, saya bermula sebagai penyimpan emas pada tahun 2012. Sampai ketika nilai tukaran MYR berbanding 1 USD meningkat dari MYR 3.1 kepada MYR 3.4, hati saya semakin gundah gulana dan tanpa memikir panjang saya mengubahkan wang simpanan saya sendiri sebanyak 80% kepada emas tanpa sebarang alasan.

Benar, ada juga sahabat dan keluarga mengatakan ianya kerja gila tetapi saya amat yakin apa yang saya lakukan itu tepat.

Alasan yang sangat kukuh bahawa ‘Sang Emas’ itu mengekalkan kuasanya sejak lebih 1,400 tahun lalu tatkala mendengar kisah pada zaman Rasullullah SAW (Selawat & Salam buat Baginda) mengenai ‘kisah kambing dan Dinar Emas‘.

Alhamdulillah, hidup saya lebih aman ketika ini. Dan Allah bantu Saya dengan mengambil tindakan yang mulia ini.

Menyimpan emas sewaktu anda masih mempunyai sisa / lebihan wang adalah sangat digalakkan untuk menyelamatkan kekayaan yang di bina.

Ingat, keringat yang berjujurai membasahi bumi demi mencari rezeki serta mengumpulkan harta jangan biarkan ianya ‘dirompak’ tanpa sedar oleh bahana inflasi yang mencengkam, manipulasi kewangan serta nafsu diri sendiri.

Pada saya, ada sedikit emas lebih baik dari tak ada langsung !

Leave a comment