Antara kelebihan menyimpan emas adalah dengan membeli pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Kebanyakkan penyimpan Emas hanya tahu dan faham akan keuntungan semata-mata yang akhirnya merasa keliru malah teragak-agak untuk menambah aset emas ini.
Tahukah anda jika mindset hanya fokus kepada keuntungan sahaja pasti anda akan kecewa terutamanya mereka yang mempunyai kuantiti milikan gram emas yang sedikit?
Justeru itu, jangan bertangguh dengan berniat menyimpan emas hanya demi menyelamatkan kekayaan juga sebagai pelindung dari kejatuhan Matawang yang semakin parah.
Contoh Pertama
Pada hari ini anda membeli emas seberat 100gram dan berharap agar keuntungan berganda dalam tempoh masa kurang dari setahun. Yang pasti saban waktu anda akan terus melihat graph harga semasa. Kenaikan harga mampu membuatkan anda tersenyum dan jika sebaliknya membuatkan ada merasa gentar.
Saya pernah merasainya sewaktu di awal penglibatan sebagai Penyimpan Emas. Benar, saya sangat gentar !
Contoh Kedua
Anda mempunyai wang lebihan yang tidak digunakan dan membeli sekeping emas seberat 100gram atas niat menyimpan kerana anda mengetahui emas yang anda simpan ini akan melambung tinggi di suatu ketika nanti akibat matawang fiat dicengkam oleh inflasi yang menyesakkan.
Malah harga yang dibeli ketika ini pasti tidak akan sama pada tahun-tahun mendatang.
Maka sebagai penyimpan Emas, timbalah ilmu berkaitannya dan fokus sepenuhnya demi masa depan yang gemilang. In Shaa Allah