Umum mengetahui bahawa emas itu bernilai sepanjang zaman, bertindak sebagai insuran dari bencana kewangan, juga penyimpan nilai yang terbaik. Semakin banyak emas terkumpul, semakin banyak keuntungan yang dapat anda nikmati di masa hadapan.
Pembelian emas cuma sekadar ‘insuran’ bukanlah bermakna kita mengharapkan duit kertas tidak laku.
Umpamanya kita membeli insuran perubatan. Dikala musibah mendatang, sesiapa yang mempunyainya tidaklah sesukar berbanding yang tiada. Walaupun sedikit, paling tidak dapat membantu mengurangkan kos perubatan dan bebanan emosi.
Begitulah dengan musibah sistem kewangan (mohon dijauhkan). Sekiranya wang fiat menunjukkan prestasi yang sangat rendah, kita juga boleh menanggung kerugian yang sangat besar.
Cuma, penyimpan emas ada untungnya kerana emas yang dimilikinya itu masih mampu ‘menyimpan kekayaan’ untuk keperluan hidup.
Tidak lah bermaksud kita ‘ubah’ keseluruhan wang simpanan kita kepada emas kerana secara jujur, penyimpan emas juga memerlukan wang fiat untuk kegunaan harian. Kerana itulah pakar kewangan menyarankan kita agar menyimpan emas pelaburan paling tidak 5% ~ 10% bagi persediaan jangkamasa panjang.
Mengapa emas menjadi menjadi keutamaan saya?
Forgotten Saving
Saya jadikan emas sebagai simpanan yang dilupakan kerana bagi saya, kaedah ini sangat berkesan dalam merawat penyakit boros terutamanya di saat mempunyai lebihan wang di tangan. Terbukti, sejak tahun 2012 menyimpan emas, saya tidak pernah lagi menjual emas simpanan saya untuk sesuatu yang tidak mendatangkan hasil kecuali ianya ditukarkan kepada hartanah ataupun kepada aset yang lain.
Penyimpan Nilai Terbaik
Setelah saya membaca sejarah dan faham akan kisah 1 Dinar emas mampu membeli ‘seekor kambing‘ pada zaman Rasullullah, keyakinan saya bertambah dan tidak sesekali emosi saya terganggu oleh bahana inflasi yang mencengkam saban hari, manipulasi kewangan malah bencana eknomi global dan politik sekalipun. Ternyata bukti akan emas sebagai penyimpan nilai tetap kita rasai walaupun telah melepasi 1400 tahun yang lalu.
Kekayaan di Tangan Sendiri
Apabila emas fizikal digenggaman maka secara tidak langsung kita tidak terikat dengan sesiapa. 100% di dalam kawalan kita dan percayakah anda bahawa ia satu-satunya aset kewangan yang tidak berada dalam sistem kewangan. Nilainya berdiri dengan sendirinya.
Menyuburkan Rezeki Serta Membantu Asnaf
Melalui emas, saya mampu membantu insan yang memerlukan hasil dari pembayaran zakat emas. Maha Suci Allah, tiada yang indah mampu diungkapkan melainkan Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya. Baik tangan yang memberi mahupun yang menerima pasti berlapang dada seluas-luasnya
Tiada sesiapa yang boleh merampas malah membekukan kekayaan para penyimpan emas walaupun mereka bangkrup sekalipun.
Melalui wang kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan sesebuah kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja. Dengan memiliki Emas, saya merasa ‘bebas’ dari kongkongan sesiapa pun.
Walaupun begitu, emas hanyalah satu daripada beberapa alat kewangan. Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Pakar Kewangan, at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.
Bangkitlah dari tidurmu yang lena dan mulakanlah menyimpan ‘gram’ pertama Anda dengan segera !
Allahumma Ameen