Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, Al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak … Continue reading Surah Al-Mulk
Tanda-Tanda Arifbillah
Seorang Arifbillah di setiap tingkahnya selalu hidup dengan keadaan yang merasa kesulitan dan sangat memerlukan Allah yang mana perasaaan itu akan terbawa terus di setiap doanya kerana perasaan memerlukan dan lemahnya tidak bisa lepas darinya, baik ia dalam keadaan sengsara mahupun lapang dan akhir dari semua cita-cita atau harapannya selalu bersama Allah tiada yang lain-Nya. … Continue reading Tanda-Tanda Arifbillah
Kejadian Yang Sempurna
Saudaraku Yang Mulia,Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah yang dianugerahkan dengan akal fikiran untuk membezakan yang benar dan salah atau yang hak dan batil. Disebabkan itu, manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan sebagai hamba Allah serta yang membezakan manusia paling mulia di sisi Allah adalah dengan ketaqwaan. Allah menjadikan manusia dengan beberapa … Continue reading Kejadian Yang Sempurna
Teori Pokok Buluh Cina
Adakah anda kenal dengan pokok buluh cina? Dan adakah anda tahu bagaimana proses pembesarannya? Masya Allah,Benih pokok buluh cina yang ditanam dan dijaga rapi ini mengambil masa selama 5 tahun sebelum ianya mula keluar dari tanah. Apabila batangnya mula kelihatan, tumbesarannya menjadi sangat cepat menuju ke langit dalam waktu hanya beberapa bulan sahaja. Apa yang … Continue reading Teori Pokok Buluh Cina
Di Suatu Masa
Jika suatu hari nanti kamu akan sakit pada hari tua kelak, lalu kamu menangis kerana menahan sakit, namun ketahuilah bahawa tangisan kamu kepada sakit itu sedikit tetapi banyak dari tangisan kamu itu adalah kerana mengenangkan masa mudamu. Di dalam Al Quran apabila Allah menceritakan tentang orang-orang yang tidak beriman, Allah tidak menyebut tentang satu azab … Continue reading Di Suatu Masa
Kisah Rezeki dan Barakah
Ada seorang lelaki tua di zaman Nabi Musa a.s yang sentiasa sibuk berzikir kepada Allah namun, fikirannya sering terganggu kerana sering memikirkan soal rezeki yang diterimanya setiap hari hanyalah sebuku roti. Suatu hari, Nabi Musa a.s lalu ke tempat orang tua tersebut. Orang tua berfikir bahawa ini lah peluang yang terbaik untuk dia memohon kepada … Continue reading Kisah Rezeki dan Barakah
Cinta Yang Hakiki
MAKRIFATULLAH adalah kemuncak perjalanan Ruh. Seminit bersama dengan Auliya Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun beribadah. Agama yang dizahirkan dalam bentuk perbuatan dan dogma tidak serupa dengan pengalaman dan perasaan sebenar tatkala berada 'di dalam Allah'. Oleh yang demikian Cinta yang hakiki adalah Cinta akan Allah. Dan orang yang mengalami dan merasai Cinta seperti … Continue reading Cinta Yang Hakiki
Selawat Fatih – Permata Yaqut Yang Sangat Berharga
Memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW dapat menyemarakkan kecintaaan dan kerinduan kita terhadapnya dan sebagai satu jalan untuk meraih keredhan Allah SWT. Pada kali ini kita akan membincangkan salah satu dari galaksi selawat yang mempunyai kesan dan impak yang besar kepada rohani iaitu 'Selawat Al Fatih'. Ertinya: “Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami … Continue reading Selawat Fatih – Permata Yaqut Yang Sangat Berharga
ESQ Total Action – Rahsia Kejayaan
Dunia hari ini mengagungkan pendidikan barat walhal pendidikan berlandaskan Islam itu sendiri mengungguli segala-galanya. Di peringkat antarabangsa, pelbagai sequence kebaratan untuk berjaya di ikuti seperti Anthony Robbin, Steven Covey dan pelbagai lagi. Allahu, kurangnya manusia yang mengikuti sequence kisah kejayaan Nabi Ibrahim as. Lebih malang, personaliti luar ini diangkat setingginya berbanding manusia termulia di bumi … Continue reading ESQ Total Action – Rahsia Kejayaan
Tunaikan Zakat Anda Bersama STAY Alkitab
Salam buat Anda yang Mulia! Alhamdulillah.Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab ( Stay Alkitab ), Beranang kini telahpun dilantik sebagai Penolong Amil bertauliah bagi pihak Lembaga Zakat Selangor. Kepada orang ramai yang ingin membayar zakat, anda dialu-alukan untuk membayar zakat anda secara terus melalui sekolah kami. Jenis Zakat; Pendapatan PerniagaanWang SimpananPelaburanKWSPEmas dan PerakTakaful Kaedah Pembayaran; Secara terus kepada … Continue reading Tunaikan Zakat Anda Bersama STAY Alkitab
