Tanda-Tanda Arifbillah

Seorang Arifbillah di setiap tingkahnya selalu hidup dengan keadaan yang merasa kesulitan dan sangat memerlukan Allah yang mana perasaaan itu akan terbawa terus di setiap doanya kerana perasaan memerlukan dan lemahnya tidak bisa lepas darinya, baik ia dalam keadaan sengsara mahupun lapang dan akhir dari semua cita-cita atau harapannya selalu bersama Allah tiada yang lain-Nya.

Seorang hamba bisa dikatakan ‘arif billah apabila tauhidnya sudah sampai kepada Allah, kepercayaan, tawakkal dan pasrahnya hanya kepada Allah.

Ini adalah darjat yang mana kehendak seorang yang ‘arif sudah sirna di dalamnya dan hanya memandang kepada kehendak Allah, serta di hadapannya semua sebab-sebab menjadi hilang di bawah kekuasaan-Nya dan hilang juga semua makhluk (selain Allah) oleh kerana ia sedang menyaksikan-Nya.

Orang yang ‘arif ini hidupnya tidak diwarnai dengan kelapangan dan kesengsaraan seperti tingkahnya kebanyakan orang yang kadang-kadang mereka di suatu saat merasa lapang, tidak berniat untuk kembali kepada Allah juga menyibukkan diri dengan beribadah kepadaNya dan terkadang mereka dihinggapi rasa gelisah atau sengsara yang bisa membawa mereka kepada perasaan yang sangat memerlukan kepada Allah.

Sesungguhnya seorang arifbillah di dalam hidupnya akan selalu melihat pada dirinya dalam keadaan kesulitan dan sangat memerlukan kepada Allah.

Seperti kata Guruku, tanda-tanda orang Arifbillah (Wali Allah) itu adalah;

  • Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat ilmu makrifat.
  • Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya kita akan memperolehi limpahan rohani.
  • Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah SWT.
  • Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.
  • Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.
  • Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.
  • Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.
  • Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.
  • Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.
  • Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah dari kalangan ulama.
  • Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat, harta, sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri malah ada juga yang turut dipinggirkan oleh keluarga serta masyarakat.
  • Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulama yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.
  • Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah bahawa dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah (Habibullah).
  • Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memerlikan ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.
  • Sesiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.
  • Apabila menerima tetamu, para arifbillah itu sentiasa memuliakan tetamu itu hatta tetamu itu adalah musuhnya sekalipun dan musuh yang mendatanginya itu akan merasa lemah, merasa bersalah dan akan turut menghormati para arifbillah itu.
  • Apabila kita berada dihadapannya (arifbillah), diri kita terasa ‘kecil’ dan ‘hati’ kita akan sentiasa mengingati akan dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini.
  • Para arifbillah adalah orang yang hampir kepada allah dan hati rohaninya sentiasa bersama Allah. Maka tidak hairan jika Allah memberikan pelbagai keistimewaan yang luar biasa ke dalam dirinya sehingga ucapan-ucapannya tidak sia-sia, penuh dengan hikmah dan setiap ucapannya ‘masin’ serta kehendaknya itu kebiasaannya dimakbulkan oleh Allah.
  • Selalunya nada frequensi getaran suaranya sang arifbillah itu mampu memberi getaran yang dahsyat, ketenteraman, kegerunan dan ketakutan kepada hati orang yang mendengarkan. Syaitan dan Iblis juga akan menghindari kerana suara sang arifbillah sentiasa selalu disertakan dan beserta allah, hakikatnya ‘berdzikir’ serta mempunyai unsur ‘Nur Ilahi’.
  • Suara sang arifbillah seumpama ‘corong’ atau sebagai ‘alat saluran’ perkataan Allah SWT itu sendiri melalui alam dimensi ketuhanan dan disalurkan kepada alam dunia.
  • Cahaya Nur Ilahi yang ada pada dirinya itu akan memancar disekelilingnya sekaligus memberikan ‘rahmatan lil alamin’ dan menjadi ‘benteng’ kepada masyarakat disekitarnya.
  • Apabila seorang arifbillah melalui, berjalan atau berada di suatu tempat yang Allah akan turunkan bencana atau sedang Allah turunkan bencana ketika itu, maka dengan izin Allah berkah dengan adanya orang arifbillah itu bencana yang Allah turunkan itu akan segera hilang dan pulih seperti sediakala dan banyak orang yang akan terselamat dalam peristiwa itu.
  • Tidak ada sebarang ketakutan dan keraguan di dalam hatinya di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah kepadanya. Wajahnya yang tenang dan tetap sentiasa berseri-seri, bercahaya dengan ‘Nur’ Ilahi sehingga kita tidak mampu untuk menatap wajahnya agak lama kerana merasa gerun di atas kewibawaan ‘Nir Ilahi’ di wajahnya itu ketika kita berhadapan dengannya.
  • Seorang yang arifbillah mempunyai pelbagai kelebihan yang luar biasa serta kekeramatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Beliau adalah seorang yang ‘kasyaf’, mata batinnya cerah sentiasa terbuka dan sentiasa ‘murakabah’ dan berinteraksi kepada alam dimensi ketuhanan.
  • Beliau tidak pernah dan tidak suka membuka ‘aib’ seseorang walaupun pada hakikatnya sang arifbillah itu mengetahui apa yang telah dikerjakan zahir dan batin diri seseorang itu walaupun orang itu adalah anak muridnya sekalipun. Untuk menegur seseorang itu atau kepada anak muridnya, beliau hanya menggunakan bahasa kiasan sahaja.
  • Arifbillah adalah seorang yang diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah Allah untuk menjaga dan menjunjung tinggi ‘Nurun Ala Nurin’ dan menjalankan tugas untuk misi ketuhanan sebagai penerus ‘hakikat kerasulan’ setelah kewafatan baginda muhammad SAW sesuai dengan Al-Quran dan hadis.
  • Beliau selalunya tidak menyedari sesuatu karamah yang terjadi kepada diri beliau malah, berharap tidak terpesona dengan kekeramatan yang terjadi itu. Beliau menganggap itu adalah suatu kurnia dan menjadi perkara biasa. Segala yang terjadi itu adalah kehendak Allah dan bukan keinginan dari dirinya sendiri. Namun, pada pandangan mata orang yang melihatnya itu adalah suatu perkara yang luar biasa.

Oleh itu, marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar segera dipertemukan dengan seorang arifbillah (wali allah) itu dan mendapatkan syafaat, keberkahan darinya malah turut dapat berguru kepadanya.

Ya Allah, tunjukkanlah aku dengan orang yang dapat menunjukkan aku kepada-Mu, dan sampaikanlah aku kepada orang yang dapat menyampaikan aku kepada-Mu.

Allahumma Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s