Ada seorang lelaki tua di zaman Nabi Musa a.s yang sentiasa sibuk berzikir kepada Allah namun, fikirannya sering terganggu kerana sering memikirkan soal rezeki yang diterimanya setiap hari hanyalah sebuku roti.
Suatu hari, Nabi Musa a.s lalu ke tempat orang tua tersebut. Orang tua berfikir bahawa ini lah peluang yang terbaik untuk dia memohon kepada Nabi Allah Musa agar bertanyakan kepada Allah mengenai rezekinya.
Dia memberi salam kepada Nabi Musa a.s dan dengan teragak-agak dia bertanya;
“Wahai Nabi Musa a.s, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya? Dari dahulu hingga sekarang, saya hanya mendapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk mendapatkan lebih dari itu. Bolehkah saya dapat lebih daripada itu? Jika tuan bertanya kepadaNya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih.”
Nabi Musa a.s pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa a.s mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua ini sememangnya sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya.
Orang tua itu berasa sungguh gembira setelah mendengarkannya. Terkejut dengan tindak balas ini Nabi Musa a.s bertanya kepadanya asbab kegembiraannya.
Lelaki itu menjawab;
“Jika sudah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!” Dan dengan itu dia kembali untuk meneruskan ibadatnya.
Masya Allah, tidak ada perasaan gelisah dan marah sama sekali oleh orang tua tersebut.
Setelah beberapa purnama berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat nya terhadap Allah yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan dan juga kurang masa untuk makan.
Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.
Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.
Orang tua itu berkata kepadanya;
“Apa kata kalau kamu bawa roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!”
Penggembala itu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan nya pun makan semua roti tu sehingga habis.
Sebagai tanda berterima kasih kepada orang tua itu, pengembala itu memberikan seekor kambing ternakan lalu meneruskan perjalanannya.
Masa terus berlalu setelah beberapa tahun, Nabi Musa a.s melalui lagi kawasan orang tua tersebut, dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman!
Ada pohon buah-buahan yang tumbuh berhampiran, dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ. Terdapat juga sebuah ladang gandum dalam suasana yang kesejahteraan. Kemudian, Nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.
Nabi Musa a.s pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu hanyalah sebuku roti sehari. Maka Nabi Musa a.s pergi untuk mengetahui apa yang telah terjadi.
“Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis, namun dia memiliki begitu banyak lagi.”
Jawapannya adalah sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar. Benar, satu buku roti adalah rezeki yang telah ditulis untuk orang tua itu.
Pohon buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah barakah (keberkatan) yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan orang tua tersebut.
Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah.
Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.
Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.
Jadi rezeki memang ditakdirkan. Alhamdulillah.
Tetapi, barakah turut datang apabila kita bertaqwa kepada Allah, bermurah hati dengan apa yang kita ada, bersyukur dan meletakkan ibadah dan zikrullah di atas segala-galanya.
Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat, kemurahan dan kebesaran hati. Allahumma Ameen
Hanya Allah Maha Mengetahui perkara yang benar. Wallahu a’lam