Teori Pokok Buluh Cina

Adakah anda kenal dengan pokok buluh cina? Dan adakah anda tahu bagaimana proses pembesarannya?

Masya Allah,
Benih pokok buluh cina yang ditanam dan dijaga rapi ini mengambil masa selama 5 tahun sebelum ianya mula keluar dari tanah.

Apabila batangnya mula kelihatan, tumbesarannya menjadi sangat cepat menuju ke langit dalam waktu hanya beberapa bulan sahaja.

Apa yang berlaku pada 5 tahun pertama?

Ia membiakkan akarnya dengan begitu pesat di bawah tanah supaya asasnya nanti menjadi sangat kukuh untuk menampung pokok buluh yang tumbuh meninggi.

Itulah perumpamaan perniagaan yang baik buat kita.

5 tahun pertama dalam membina empayar kita wajib banyak bersabar. Asas yang kukuh perlu diberi perhatian supaya nantinya perniagaan kita itu akan menjadi kuat dan stabil.

Buat dengan betul, jujur dan ikhlas kerana Allah dengan penuh sabar dan istiqamah. Kita kukuhkan dahulu asas yang ada dan carilah ilmu sebanyak-banyaknya dan In Shaa Allah akan kita kecapi kejayaan yang penuh gemilang di masa mendatang.

Saya doakan agar anda kaya dan berjaya buat di dunia mahupun di akhirat. Allahumma Ameen

Kaya itu mulia.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s